Berita

Senarai berita terkini/aktiviti terkini JAKIM
Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  1. Ahad

    28 April 2024

    10.00 pagi

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan bersama Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4 Tahun 2024 bertempat di Yayasan Islam Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.

    Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa Teknikal JAKIM dan wakil-wakil Pegawai dari 14 buah negeri.

    Objektif mesyuarat ini bagi penyelarasan MESMA yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Jun 2024 (Jumaat hingga Isnin) di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh (Perbandaran Islam) Ketereh,Kota Bharu Kelantan. MESMA pada kali ini akan mempertandingkan dua acara iaitu Recurve dan Tradisional dengan penglibatan seramai 350 orang peserta dari seluruh  negeri.

    Pada sebelah petangnya di adakan  lawatan tapak MESMA di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh (Perbandaran Islam) Ketereh,Kota Bharu Kelantan. Lawatan tapak ini bertujuan untuk mengenalpasti tempat pertandingan dan tempat penginapan peserta dan pegawai serta urus setia supaya lebih teratur dan sesuai untuk MESMA nanti. Bahagian Pendidikan JAKIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Islam Kelantan atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penganjuran MESMA pada tahun ini.



    Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 02

    Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 01

    Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 03

    Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 04

    Mesyuarat Pelarasan Kontinjen Negeri Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama MESMA 05
  2. 22 & 23 APRIL 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam Siri 4 kepada para sukarelawan untuk diaplikasikan secara tersusun ketika menyantuni komuniti sasaran di lapangan.

    Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada para sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), para pengamal dan penggiat sosial yang telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

    Kursus dua hari ini dibahagikan kepada dua slot iaitu Teknik Kaunseling Syarie Dalam Menangani Masalah Klien oleh YBhg. Prof. Dr. Zainab binti Ismail, Kaunselor serta Konsep dan Aplikasi Rawatan Psikospiritual Islam oleh YBrs. Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin, Pensyarah Universiti Malaya.

    Semoga para sukarelawan yang dilatih ini sedia dibentuk untuk menjadi individu yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran di lapangan.

    Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 01

    Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 02

    Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 03

    Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 04

    Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 05

    Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 4 06
  3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah melaksanakan Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi pada 26 April 2024 di Rumah Singgah Teduh Nur Qaseh, Chow Kit, Kuala Lumpur.

    Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Ihtimam Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan penghayatan Syawal bersama Komuniti Disayangi sekitar Chow Kit.

    Program ini dimulakan dengan aktiviti merewang bersama komuniti, pengisian kerohanian, solat berjamaah, penyampaian sumbangan dan wang tunai. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato Hj Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia YBrs Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bah. Keluarga, Sosial dan Komuniti YBrs. Ustaz Hafiz Zabidin, Wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan YBrs. Dr Noralina binti Omar, Penasihat Pertubuhan Kebajikan Arriqab YBrs. Puan Akmar binti Ali, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Arriqab Raja Azizan Suhaimi, Setiausaha Agung Malaysian Subtance Abuse Council (Masac) / Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) dan 300 orang komuniti Chow Kit.

    Semoga program kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

    Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 01

    Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 02

    Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 03

    Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 04

    Program Semarak Kasih Syawal Komuniti Disayangi 05
  4. KUCHING, SARAWAK, 25 APRIL 2024 Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-60 telah bersidang pada 25 April 2024, bertempat di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak anjuran bersama di antara JAKIM dan Majlis Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Sarawak.

    Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Pengerusi JPPIK MKI dihadiri oleh ahli-ahli JPPIK yang dilantik oleh MKI dengan perkenan Majlis Raja-Raja dan dan ahli-ahli dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja Pemerintah Negeri itu. Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Yayasan Islam Negeri. Persidangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha JPPIK MKI. Hadir bersama adalah YBrs. Dr. Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

    Dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri Pengerusi berhasrat untuk memberi perhatian kepada Institusi Pendidikan Islam (IPI) antaranya institusi pendidikan tahfiz dan pondok yang berdaftar serta sekolah agama bagi memastikan lepasan pelajar tahfiz terutamanya, mempunyai hala tuju yang lebih jelas dalam laluan pendidikan dan laluan kerjaya. Justeru, kolaboratif strategik antara institusi tahfiz, institusi TVET dan juga institusi pendidikan perlu diperkasa agar pelajar lepasan institusi pendidikan tahfiz dapat menikmati peluang yang sama dengan pelajar pendidikan arus perdana selepas menamatkan pengajian.

    Sebanyak enam kertas cadangan dan makluman telah dibentangkan sepanjang persidangan kali ini yang terdiri daripada pelbagai agensi antaranya ialah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) dan Darul Quran, JAKIM.

    Sempena persidangan kali ini, turut diadakan program Lawatan Mahabbah ke Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (MATTARY) yang merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan Islam (IPI) di bawah kelolaan Majlis Islam Sarawak dan mendapat bantuan awal persekolahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Penganjuran Persidangan JPPIK MKI kali ini berupaya mengeratkan jalinan ukhuwah dan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan negeri melalui penyelarasan JAKIM dalam usaha meningkatkan kualiti serta memartabatkan Institusi Pendidikan Islam di negara ini.


    Disediakan oleh,
    Sekretariat
    Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK)
    Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)
    Bahagian Dasar Kemajuan Islam
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

    JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN MKI KALI KE 60 01

    JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN MKI KALI KE 60 02

    JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN MKI KALI KE 60 03

    JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN MKI KALI KE 60 04

    JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN MKI KALI KE 60 05

    JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN MKI KALI KE 60 06
  5. Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Tadika, Sekolah Agama, Tahfiz, Pondok dan (KAFA) Siri 1/2024 dalam (SIMPENI) telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2024 bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, Perlis. Bengkel anjuran Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM merupakan bengkel yang Pertama untuk tahun 2024 dalam penyelarasan data rasmi Institusi Pendidikan Islam di Malaysia ini telah dirasmikan penutupannya oleh Ustazah Jamilah binti Muhammad Jamil, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada Pegawai Pengurusan data Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Islam Negeri dan Penyelia KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

    Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk pengemaskinian data rasmi Pendidikan Islam serta penyelarasan pengurusan isu dan masalah dalam penyediaan data dan maklumat Pendidikan Islam samada melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) atau medium yang lain.

    Penyelaras bengkel yang diadakan ini ialah En Mohd Mazlinuri bin Mori dari Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM. Manakala fasilitator yang bertanggungjawab berkaitan teknikal sistem SIMPENI ialah Encik Mohd Ridzuwan bin Wari dan Puan Jizni Arnie binti Juhari pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM.

    Perbincangan mengenai beberapa isu yang sering timbul dalam SIMPENI dan dapat mewujudkan satu sistem yang efektif dalam menyediakan data dan maklumat yang lengkap. Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mempertingkatkan lagi proses pengurusan dan penyediaan data sebagai rujukan rasmi bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran Pendidikan Islam di Malaysia.

    BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 01

    BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 02

    BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 03

    BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 04

    BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 05