Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BANGI, SELANGOR, 23-25 SEPTEMBER 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia telah mengadakan Bengkel Training Of Trainer (TOT) Manual Islam HIV / AIDS JAKIM pada 23 hingga 25 Septemberi 2025 bertempat di Hotel Tanera Bangi Selangor Darul Ehsan. Peserta kursus adalah terdiri dari kalangan penggubal Manual Islam HIV/AIDS (edisi kedua) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Mufti Wilayah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), JAKIM, Majlis dan Yayasan AIDS Malaysia.

Bengkel ini bertujuan untuk Memastikan manual ini menepati objektif yang telah ditetapkan, Membuat penilaian terhadap aktiviti yang telah dirancang dan membina modul pembelajaran mengikut topik sedia ada dalam manual menjadi modul lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran

Majlis Penangguhan kursus telah disempurakan oleh YBhg. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian KSK, JAKIM.

BENGKEL TOT MANUAL ISLAM HIVAIDS 2025 01

BENGKEL TOT MANUAL ISLAM HIVAIDS 2025 02

BENGKEL TOT MANUAL ISLAM HIVAIDS 2025 03

BENGKEL TOT MANUAL ISLAM HIVAIDS 2025 04

BENGKEL TOT MANUAL ISLAM HIVAIDS 2025 05
Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
PUTRAJAYA, KHAMIS, 26 SEPTEMBER 2025 – JAKIM melalui Cawangan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Penyelidikan dengan Kerjasama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah menganjurkan Majlis Khatam daurah Pengajian Hadith 40 Imam Al-Nawawi yang bertempat di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya pada 25 September 2025. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan turut dihadiri YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah, JAKIM dan Sahibul Fadhilah Syeikh Fuad bin Amran serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Majlis Khatam telah berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 400 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, pelajar serta masyarakat sekitar Putrajaya. Objektif penganjuran ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas berkenaan Hadith 40 Imam AL-Nawawi yang menjadi asas kepada kaedah-kaedah agama serta menjadi rujukan penting dalam mempelajari agama Islam secara keseluruhannya. Disamping membina akhlak mulia berdasarkan ajaran nabi serta memperkuat dan memelihara kedudukan hadith itu sendiri sebagai sumber syariat.

Pengisian ini telah dimulai dengan bacaan hadith 40 oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan diteruskan bacaan hadith 41 oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee. Manakala bacaan hadith 42 serta pengijazahan hadith 40 Imam Al-Nawawi disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Syeikh Fuad bin Amran.

Majlis Khatam telah ditangguhkan dengan ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

MAJLIS KHATAM DAURAH HADIS 01

MAJLIS KHATAM DAURAH HADIS 02

MAJLIS KHATAM DAURAH HADIS 03
Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
KEDAH, RABU, 23 SEPTEMBER 2025 – JAKIM melalui Cawangan Muzakarah dan Penyelarasan Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan, JAKIM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke- 128 pada 23 hingga 26 September 2025 bertempat di Hotel Aloft Langkawi Pantai Tengah, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Yang Berhormat Dato' (Dr) Nooh bin Gadot dengan penyertaan Sahibus Samahah Mufti-mufti seluruh Malaysia serta ahli-ahli dilantik MKI. Tujuan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan dan memutuskan pandangan hukum berkaitan isu-isu Akidah, Syariah dan Akhlak bagi panduan umat Islam serta memperkukuh institusi kefatwaan di Peringkat Kebangsaan. Di samping itu, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah ini juga memperkukuh hubungan antara negeri-negeri dalam memelihara dan memperkasakan pentadbiran Islam di Malaysia.

Selain daripada pelaksanaan mesyuarat, Program Tautan Ukhuwah dan Mahabbah turut dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI. Program yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah (JMFK) dengan komitmen dan kerjasama erat daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ini juga merupakan wadah bagi menzahirkan penghargaan serta  meraikan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa  Muzakarah MKI  di bumi  Langkawi.

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI ini berakhir dengan penganjuran Majlis Mawaddah Ulama’ dan Umara’ Bersama Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Majlis ini dihadiri oleh semua ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Dato’ Mohd. Azam Abdul Samad, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan, JAKIM, Ahmad Husaini Mustafa. Majlis makan malam  ini merupakan antara usaha dan  inisiatif  bagi mempertemu dan mempererat hubungan di antara para umara’ dan para ulama dalam memastikan urusan agama Islam terus diperkukuhkan dan dimartabatkan di negara ini.

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 01

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 02

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 03

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 04

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 05

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 06

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 07

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 08

BERITA MESYUARAT JK MUZAKARAH MKI 128 09
 
Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SEREMBAN, 8 Oktober – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK),  dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Kebangsaan 2025 bertemakan “Memperkasa Tonggak Famili, Membangun Ummah MADANI”, bertempat di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan.

Majlis Perasmian seminar telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dan Tuan Haji Mohd. Asri bin Abdullah, Pengarah JHEAINS.

Dalam ucapannya, YB Menteri menyatakan keyakinan bahawa seminar ini menjadi wadah menyuburkan kesedaran dan memperkukuh kefahaman tentang nilai kepimpinan lelaki berteraskan sifat ihsan dan mas’uliyah (tanggungjawab). Beliau turut menyeru semua pihak agensi kerajaan, institusi agama, pendakwah, tokoh masyarakat, ahli akademik, kaunselor serta NGO, agar berganding bahu memperkasa lelaki sebagai tonggak keluarga dan asas kepada kesejahteraan ummah.

Seminar ini menghimpunkan lebih 1,000 peserta, yang mana hampir kesemuanya adalah peserta lelaki. Ini bertepatan dengan tujuan seminar iaitu untuk memperkukuh kefahaman dan tanggungjawab lelaki sebagai pemimpin, pelindung dan pembela keluarga berlandaskan konsep Qawwam yang telah digariskan di dalam al-Quran. Seminar ini juga merupakan antara agenda penting di bawah Inisiatif Lelaki Qawwam, yang menjadi sebahagian daripada Pelan Transformasi al-Falah, ke arah memperkasa kepimpinan lelaki dalam mentadbir diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Antara pengisian utama seminar termasuk slot bertajuk “Qawwam: Kepimpinan Lelaki Dalam Al-Quran dan Hadis” oleh Ustaz Syaari Ab. Rahman dari Tadabbur Centre Sdn. Bhd.; slot “Kesihatan Lelaki: Realiti dan Solusi” oleh Prof. Madya Dr. Mohd Radzniwan A. Rashid dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); serta forum “Lelaki Qawwam: Antara Peranan dan Tekanan” menampilkan panel Syamsul Debat (Pendakwah Bebas), Tuan Fadzli Aziz (Kaunselor Keluarga) dan dimoderatorkan oleh YM Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah Kanan JHEAINS.

Turut diadakan peluncuran Logo Rasmi Inisiatif Lelaki Qawwam yang mencerminkan kesatuan agenda memperkukuh peranan lelaki sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat ini ke seluruh Negara, serta peluncuran “Podcast Qawwam” sebuah platform digital baharu kolaborasi JAKIM, IKRAM dan RareNation yang mengupas peranan dan cabaran kepimpinan lelaki, dan isu kesejahteraan lelaki. Podcast ini akan disiarkan setiap hari Rabu, bermula 8 Oktober 2025, jam 8.00 malam di saluran youtube dan media sosial JAKIM, Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan RareNation.

Penganjuran seminar ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan Madani melalui agensi agama dalam membina kesedaran kolektif terhadap tanggungjawab lelaki sebagai qawwam yang berperanan sebagai pemimpin, pelindung dan pembimbing keluarga. Ia diharap mampu melahirkan golongan lelaki yang lebih bertanggungjawab serta menjadi tonggak utama dalam pembentukan keluarga sejahtera dan masyarakat harmoni.
 
#LelakiQawwam
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani

1 SLQ 2025 YBM

2 SLQ 2025 TKPO Pengarah JHEAINS

4 SLQ 2025 Combine

5 SLQ 2025 Logo

6 SLQ 2025 Peluncuran Logo

7 SLQ 2025 Podcast

9 SLQ 2025 pembentang

10 SLQ 2025 Forum

11 SLQ 2025 peserta

12 SLQ 2025 Sesi Bergambar

13 SLQ 2025 with RareNation IKRAM