PIAGAM PELANGGAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
Jabatan ini berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai ”agensi pusat” yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan hal ehwal Islam. Ia dilaksanakan melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang dakwah dan pembangunan insan, penyelidikan dan pembangunan, perundangan Islam, akidah dan aliran pemikiran, pengurusan halal, pengurusan siasah syariah, kewangan dan ekonomi serta tarbiyyah dan tadribiyyah Islamiah dengan menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut:
 
  1. Menyediakan draf undang-undang syariah dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan selepas semua dasar diputuskan.

  2. Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak, muamalat, al-Quran dan al-Hadis dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan (6) hingga selewat-lewatnya 12 bulan selepas arahan diterima bagi mendapatkan pandangan hukum dan menyelesaikan masalah masyarakat.

  3. Memberi maklumbalas terhadap jemputan penceramah, pembentangan kertas kerja, forum, khidmat pakar perundingan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima.

  4. Menerbitkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam seminggu sekali di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

  5. Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal bagi permohonan yang memenuhi syarat dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan diterima.

  6. Memberi maklumbalas kepada pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan cepat,dan tepat dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi akuan penerimaan dan tiga (3) hari bekerja bagi pertanyaan dan aduan.

  7. Memastikan semua aduan yang bermaklumat lengkap diurustadbir mengikut prosedur operasi standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

  8. Memastikan urusan di kaunter perkhidmatan pelanggan utama memenuhi kehendak pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.

  9. Memastikan perkhidmatan Portal JAKIM beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun.

 

 

Prestasi Piagam Pelanggan