Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
IPOH, PERAK, 25-28 JULAI 2025 – Mengambil cakna tentang perihal kepentingan masyarakat Islam khususnya terhadap komuniti Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah, Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Rakan Setia Komuniti (RSK) bersama Klien AADK dan Program Outreach RSK Negeri Perak bagi Tahun 2025 pada 25 – 28 Julai 2025.
 
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam program yang diadakan di Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Majlis perasmian program telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM yang mewakili Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM. Turut hadir menyempurnakan majlis ialah YBrs. Tuan Mohamad Nor bin Musa, Pengarah AADK Negeri Perak serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Objektif penganjuran program adalah untuk memberi penerangan dan bimbingan kepada para peserta OKP Dadah serta merungkai permasalahan semasa berkaitan isu-isu keagamaan, kekeluargaan, masa depan dan hala tuju hidup mereka di samping memupuk semangat kerjasama, toleransi serta membentuk jati diri dan keyakinan yang tinggi dalam melahirkan minda yang inovatif lagi beriman. Selain itu, ianya dapat memberi kesedaran kepada OKP Dadah tentang kepentingan penglibatan aktiviti luar yang lebih berfaedah dalam membentuk kecemerlangan peribadi, keluarga dan komuniti serta meningkatkan kemahiran diri dan berfikiran rasional dalam menjalani kehidupan dan mendepani cabaran mendatang.

Pendekatan yang diambil dalam Program Outreach RSK pula adalah sesi ziarah ke rumah-rumah klien OKP Dadah. Program ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dianggotai wakil dari JAKIM dan AADK dalam menyantuni 20 buah rumah ahli keluarga klien OKP Dadah yang telah dipilih oleh AADK Perak. Konsep penghayatan agama terus diutamakan melalui sesi kaunseling,  khidmat nasihat dan bimbingan melalui kaedah Psikospiritual Islam dan disusuli dengan sumbangan bakul makanan.

JAKIM akan meneruskan kolaborasi dengan rakan strategik khususnya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan komuniti ini mendapat perhatian dan bimbingan yang sewajarnya dalam usaha membantu mereka untuk proses rawat dan kepulihan sekaligus dapat menjalani kehidupan normal yang bebas daripada pengaruh dadah. Gabungan Ilaj wa Shifa’  antara perubatan sains moden dan Islam amatlah bersesuaian dalam membimbing, merawat dan memulihkan jiwa golongan klien ini seterusnya mampu mengembalikan keyakinan dalam diri mereka.

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 01

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 02

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 03

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 04

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 05

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 06

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 07

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 08

RAKAN SETIA KOMUNITI DAN OUTREACH BERSAMA KLIEN AADK 09
Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Kuala Lumpur, 29 Julai – Bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447H/2025M, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan satu inisiatif promosi gaya kini melalui penganjuran program Al-Quran Di Mana-Mana: Jelajah Tilawah, Tadabbur dan Dakwah iaitu sebuah perjalanan spiritual yang menggabungkan pembacaan al-Quran secara berterusan, penghayatan ayat-ayat suci, serta penyampaian mesej dakwah rentas sempadan dari KL ke Hatyai melalui ETS dan SRT.

Majlis pelepasan peserta telah berlangsung di KL Sentral dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM. Turut hadir, YBrs. Dr. Mohamad Kori Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, En Azfar Zakariya, Ketua Pegawai Operasi KTMB, Dr. Muhamad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, dan Tuan Haji Mohd Ansarullah Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM.

Ketika berucap, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee menyeru agar program seumpama ini diperluas dan diperkasa dari semasa ke semasa. “Kalau hari ini kita bebas menyanyi di mana-mana, mengapa tidak kita ubah trend dengan membawa al-Quran ke mana-mana, membacanya, menghayatinya, juga mentadabburnya dalam setiap ruang kehidupan. Inilah cara kita mengangkat al-Quran sebagai panduan, bukan sekadar bacaan, tetapi sebagai sumber kekuatan jiwa dan penyuluh peradaban.”

Encik Afzar Zakariya, Ketua Pegawai Operasi KTMB mengulas bahawa pihak KTMB menyambut baik penganjuran Program “Al-Quran Di Mana-Mana: Tilawah dan Tadabbur” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan awam rel negara, KTMB berbesar hati untuk menyumbangkan 50 tiket tren pergi dan balik, serta menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi 50 tiket tambahan yang lain. KTMB yakin bahawa rangkaian perkhidmatan tren yang disediakan bukan sahaja memperkukuh kemudahan mobiliti rakyat, malah berpotensi menjadi platform dakwah yang lebih segar, inklusif dan merentasi sempadan. KTMB amat menghargai kerjasama dan mungkin pada tahun hadapan, program seumpama ini boleh diperluaskan ke wilayah selatan dan pantai timur.”

Seramai 100 peserta terdiri daripada pelajar Darul Quran JAKIM, Rakan Siswa YADIM, pegawai JAKIM dan rakan media menyertai program ini dengan membawa misi menjulang al-Quran sebagai panduan hidup serta menjadikan perjalanan ini sebagai ruang untuk memperluas jaringan dakwah serantau bersama rakan strategik, khususnya Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.

Sepanjang laluan dari ibu negara ke selatan Thailand, peserta terlibat dalam tilawah al-Quran tanpa henti, diiringi dengan sesi tadabbur dan perkongsian ibrah. Setiap perhentian bukan sekadar transit fizikal, malah menjadi medan untuk menyemai hikmah, menyampaikan mesej kebaikan, dan menyeru kepada nilai-nilai Islam yang rahmatan lil ‘alamin.

Inisiatif ini merupakan manifestasi komitmen JAKIM untuk memartabatkan al-Quran dalam ruang kehidupan masyarakat, sambil memperkasa agenda jelajah dakwah berteraskan Malaysia MADANI dengan membawa risalah Islam secara berhikmah, melangkaui sempadan geografi dan budaya.

Al Quran Di Mana Mana 1

Al Quran Di Mana Mana 2

Al Quran Di Mana Mana 3

Al Quran Di Mana Mana 4


Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
12 Julai 2025 – Seramai 716 orang graduan telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-33 yang diadakan bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, yang turut menyampaikan ucapan dan penganugerahan kepada para graduan sebagai simbol pengiktirafan kejayaan mereka.

Pada majlis kali ini, buat julung kalinya Cokmar Al-Quran Darul Quran digunakan, melambangkan penghormatan tertinggi kepada ilmu berteraskan al-Quran, selaras dengan aspirasi JAKIM untuk melahirkan generasi MADANI yang berilmu dan berakhlak mulia.

Dalam majlis ini turut disampaikan beberapa anugerah kecemerlangan berprestij sebagai penghargaan kepada graduan cemerlang dalam pelbagai bidang pengajian dan kepimpinan, iaitu:

1. Anugerah Perdana Menteri
i. Mu'az Fitri Bin Kharudin
ii. Wan Wardatul Aini Binti Wan Mohd Zahari

2. Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
i. Muhammad Aiman Syafie Bin Azni
ii. Nasyuha Syuhada Binti Amri

3. Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran
i. Ahmad Aminuddin Hussein Bin Rosli
ii. Izzah Natashah Putri Binti Wisnu Putra

4. Anugerah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akademik
i. Ahmad Akhtar Alwani Bin Azmi
ii. Zuha Binti Zahran

5. Anugerah Kecemerlangan Institusi (LTDQ)
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)

6. Anugerah Kecemerlangan Institusi Yang Berkolaborasi Dengan Darul Quran
University Of Cyberjaya (UoC)

Sejak penubuhannya pada tahun 1966 hingga 2025, Darul Quran JAKIM telah melahirkan seramai 12,598 orang graduan huffaz, membuktikan komitmen berterusan institusi ini dalam memartabatkan pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan mereka serta kepada seluruh warga Darul Quran yang terus istiqamah melahirkan generasi huffaz berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

KONVEKSYEN DQ KE33 01

KONVEKSYEN DQ KE33 02

KONVEKSYEN DQ KE33 05

KONVEKSYEN DQ KE33 06

KONVEKSYEN DQ KE33 03

KONVEKSYEN DQ KE33 04

KONVEKSYEN DQ KE33 07

KONVEKSYEN DQ KE33 08

KONVEKSYEN DQ KE33 09

KONVEKSYEN DQ KE33 10

KONVEKSYEN DQ KE33 11



Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
HIV/AIDS telah menjadi kebimbangan global sejak sekian lama. Ia tidak lagi menjadi masalah perubatan semata-mata, tetapi telah meluas menjadi masalah sosial dan masalah agama Islam. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berprasangka buruk (stigma) dan melakukan diskriminasi kepada orang yang menghidapi penyakit termasuklah penghidap HIV/AIDS. Justeru, JAKIM terus komited mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi penghidap HIV/AIDS supaya mereka dapat merasai diri mereka masih disayangi dan seterusnya menjalani kehidupan sepertimana insan-insan lain dengan penuh bermakna mengikut cara hidup Islam.

Berikutan keadaan tersebut, JAKIM menerusi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengambil inisiatif mengemaskini Manual Islam HIV/AIDS yang telah digubal oleh JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2009. Semakan dan penambahbaikan Manual ini bersesuaian dan bertepatan dalam masa Malaysia kini berdepan lonjakan ketara kes jangkitan HIV dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Manual edisi kedua ini lebih berfokus dan berinformasi sebagai panduan dan rujukan kepada pegawai Hal Ehwal Islam di JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), para imam dan guru-guru takmir yang bertauliah. Mereka akan diberi pendedahan dan latihan menggunakan Manual ini dalam melaksanakan pendekatan pencegahan yang lebih berani dan kreatif bersesuaian dengan jiwa golongan belia dan anak muda mengenai maklumat HIV/AIDS sebagai satu tugas dan tanggungjawab dalam memerangi HIV/AIDS. Seterusnya mereka akan menyampaikan maklumat yang sahih mengenai HIV/AIDS kepada masyarakat umum seterusnya berupaya menghapuskan stigma dan diskriminasi dalam masyarakat.

Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai perubatan seperti Dr. Fazidah Yuswan, Dr. Siti Nor Mat daripada Bahagian Kawalan Penyakit Kesihatan Awam Unit HIV/STI/Hepatitis C, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysian AIDS Foundation yang diwakili oleh pengerusi dan timbalan pengerusi Harm Reduction Action Network (HaRAN) iaitu YBhg. Dato’ Indera Dr. Sa’ari Ngadiman dan Dr. Anita binti Suleiman. Selain itu pegawai-pegawai daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertugas di Ilaj Home iaitu rumah perlindungan sementara bagi Orang yang Hidup dengan HIV/AIDS (ODHA), Bahagian Penyelidikan JAKIM, Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM dan Majlis AIDS Malaysia (MAM).
 
Bengkel perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM iaitu Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani. Beliau mengharapkan Manual Islam HIV/AIDS Edisi Kedua ini diaplikasikan penggunaannya dengan betul dalam melaksanakan sokong bantu  menerusi pendekatan Islam dalam menangani HIV/AIDS oleh  para  agamawan.  Bengkel ini telah diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli bengkel yang telah hadir.

Bengkel Memuktamadkan Manual Islam HivAids Jakim 01

Bengkel Memuktamadkan Manual Islam HivAids Jakim 02

Bengkel Memuktamadkan Manual Islam HivAids Jakim 03

Bengkel Memuktamadkan Manual Islam HivAids Jakim 04

Bengkel Memuktamadkan Manual Islam HivAids Jakim 05

Bengkel Memuktamadkan Manual Islam HivAids Jakim 06

Bengkel Memuktamadkan Manual Islam HivAids Jakim 07