Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 22 Jun 2021 - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM telah menganjurkan Webinar Cakna Undang-Undang Syariah, Hadhanah: Hak dan Tanggungjawab secara dalam talian. Program ini telah berlangsung pada tanggal 22 Jun 2021 bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari.

Isu berkaitan hadhanah sering menjadi persoalan yang perlu dikupas, diihurai dan diselesaikan dalam masyarakat kerana dalam kehidupan berkeluarga tidak boleh lari dari menghadapi situasi ini. Pemahaman yang jelas mengenai hadhanah perlu disebarluaskan supaya semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik. Kecuaian dan memandang remeh isu ini akan memberikan impak yang besar dalam institusi kekeluargaan. Justeru itu, ILIM dan Bahagian KSK, JAKIM telah mengambil iniasitif untuk mengadakan Webinar Cakna Undang-undang Syariah, Hadhanah: Hak dan Tanggungjawab yang berobjektifkan:

i) Memberi pendedahan kepada peserta mengenai undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa di Malaysia;
ii) Memberi kefahaman kepada peserta mengenai peruntukan, prosedur dan hak-hak berkaitan hadhanah;
iii) Membentuk sikap cakna dalam kalangan peserta untuk mengamal dan menyebarluaskan berkaitan ilmu undang-undang syariah kepada masyarakat

Webinar ini telah disertai lebih kurang 175 orang peserta yang mengikutinya secara maya. Program ini terbuka kepada semua pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat awam.

Terdapat dua slot yang telah dijadualkan iaitu slot pertama, ceramah bertajuk “Hadhanah Menurut Undang-undang Keluarga Islam” yang telah disampaikan oleh YA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Sementara slot kedua iaitu sesi forum yang bertajuk ”Hadhanah: Diplomasi atau Sensasi” yang telah dikupas oleh dua orang panel jemputan, YBrs. Dr. Hjh Rusni binti A Ghani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan YBrs. Dr Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Moderator sesi forum ini ialah Ustazah Nor Asniah binti Mohd Noh, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM

Diharap webinar yang dianjurkan ini dapat memberi nilai tambah kepada semua peserta khususnya dalam mendapatkan informasi berkaitan hadhanah. Semoga objektif webinar ini juga tercapai bagi membentuk sikap cakna dalam kalangan peserta untuk mengamal dan menyebarluaskan berkaitan ilmu undang-undang syariah kepada masyarakat.

Webinar Hadhanah Hak dan Tanggungjawab 1

Webinar Hadhanah Hak dan Tanggungjawab 2

Webinar Hadhanah Hak dan Tanggungjawab 3

Webinar Hadhanah Hak dan Tanggungjawab 4

Webinar Hadhanah Hak dan Tanggungjawab 5

Webinar Hadhanah Hak dan Tanggungjawab 6

Webinar Hadhanah Hak dan Tanggungjawab 7