Kurator Berita : Bahagian Dakwah
20 Ogos 2021, Jumaat 9.00 pagi – Team SIC Dakwah meneruskan misi bantuan menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perlis kepada golongan asnaf di negeri Perlis. Sumbangan berjumlah RM10,000.00 merupakan sumbangan wakalah zakat daripada SME Bank dan RM5,000.00 daripada Tabung Musa’adah JAKIM-YWM yang disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dalam majlis penyerahan di Masjid Alwi Kangar, Perlis. Majlis tersebut dirasmikan oleh Mufti Negeri Perlis SS Dato Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Team SIC Dakwah JAKIM dan Jabatan Agama Islam Perlis turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 5 buah rumah asnaf di Kampung Baru, Kampung Kecur, Kampung Abi, Kampung Sungai Batu Pahat dan Kampung Nesam Perlis. Turut sama menyantuni asnaf ialah team YAPEIM yang diketuai oleh Puan Parihah binti Hasan, Pengarah Kanan Ibu Pejabat YaPEIM, Kuala Lumpur.

Sumbangan Tabung Musaadah Di Negeri Perlis 1

Sumbangan Tabung Musaadah Di Negeri Perlis 2

Sumbangan Tabung Musaadah Di Negeri Perlis 3

Sumbangan Tabung Musaadah Di Negeri Perlis 4

Sumbangan Tabung Musaadah Di Negeri Perlis 5