Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KOTA KINABALU , 23-25 MEI 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke 46 pada 23 hingga 25 Mei 2023 bertempat di RAIA Hotel, Kota Kinabalu Sabah telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Seluruh Malaysia dan Pegawai Atase Agama Malaysia di Jakarta, Indonesia serta itu wakil-wakil bahagian JAKIM yang berkaitan.

Persidangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Persidangan juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM dan Tuan Haji Jamaludin bin A. Hamid, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor.

Objektif utama persidangan ini adalah untuk menghimpun Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ seluruh Malaysia bagi menyelesaikan isu dan permasalahan berhubung pengurusan nikah, cerai dan ruju’ orang Islam di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia. Selain itu persidangan ini adalah platform utama untuk menyelaras peraturan mengenai urusan nikah, cerai dan ruju’ orang Islam serta mendapatkan maklumat, pandangan, maklumbalas dan idea bagi mengatasi isu-isu kekeluargaan dan sosial semasa.

Terdapat lima pembentangan di dalam persidangan kali ini iaitu :

  1. Kertas Cadangan Penawaran Program Sarjana Kaunseling (Kaunseling Keluarga) oleh Universiti Sains Islam Malaysia;

  2. Kertas Makluman Penambahbaikan Proses Permohonan Kebenaran Untuk Berkahwin Bagi Pegawai Kanan Polis/ Pegawai Rendah Polis dan Konstabel oleh Bahagian Kaunseling dan Agama, Bukit Aman

  3. Kertas Makluman Garis Panduan Pelaksanaan Runding Cara/Khidmat Nasihat HIV oleh Jabatan Agama Islam Selangor

  4. Kertas Makluman Penilaian Semula Faktor-Faktor Perceraian Dalam Situasi Pandemik Covid-19: Kajian Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

  5. Kertas Makluman Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur oleh Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM

Pada persidangan kali ini juga, turut diadakan lawatan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Hj Saifulzaman Sangul dan perkongsian berkaitan sistem pengurusan nikah, cerai dan rujuk serta isu-isu NCR di Sabah.

Persidangan KPNCR pada kali ini mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan JAKIM Sabah bagi memastikan perjalanan persidangan berjalan lancar. YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JHEAINS dan JAKIM Sabah atas kerjasama yang diberikan. Semoga segala perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui melalui persidangan ini dapat dilaksanakan bagi membangunkan institusi keluarga yang sejahtera.

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 1

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 2

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 3

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 4

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 5

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 6

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 7

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju Seluruh Malaysia Kali Ke 46 8