Kurator Berita : Darul Quran
27 Julai 2024 - Seramai 36 pelajar Darul Quran JAKIM bersama tiga pegawai pengiring telah menyantuni penduduk Kg Baru melalui program khidmat masyarakat bertajuk "Perkongsian Pengalaman: Seronoknya Menghafaz Al-Quran". Acara ini berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman bersempena dengan Mini Karnival dan Majlis Peluncuran Program Santuni Madani Kampung Angkat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Para pelajar Darul Quran yang bertindak selaku fasilitator program telah berkongsi kisah-kisah inspirasi mereka semasa menghafaz al-Quran di Darul Quran. Fasilitator-fasilitator ini akan memberikan motivasi dan inspirasi dalam kumpulan-kumpulan kecil yang dibentuk bersama para peserta. Ini membuka mata para peserta termasuk ibu bapa yang hadir tentang cabaran dan keindahan perjalanan spiritual ini.
Selain daripada perkongsian pengalaman, Darul Quran turut mengadakan pameran mashaf al-Quran braille dan tahriri al-Quran tulisan tangan pelajar. Satu peraduan menarik, "Teka Ayat Al-Quran" dari mashaf al-Quran braille turut diadakan. Puan Noorhayati dari YADIM telah dinobatkan sebagai pemenang kerana berjaya membuat tekaan yang tepat.

Program khidmat masyarakat ini tidak hanya memberi publisiti kepada Darul Quran tetapi juga membuka ruang bagi pelajar untuk mengasah kemahiran insaniah mereka. Diharapkan pengalaman ini menjadi kenangan manis yang kekal di hati mereka sekaligus menjadikan mereka generasi hafiz dan hafizah yang lebih berbakti serta berakhlak mulia.

PELAJAR DQ SANTUNI PENDUDUK KG BARU MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 01

PELAJAR DQ SANTUNI PENDUDUK KG BARU MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 02

PELAJAR DQ SANTUNI PENDUDUK KG BARU MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 03

PELAJAR DQ SANTUNI PENDUDUK KG BARU MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 04

PELAJAR DQ SANTUNI PENDUDUK KG BARU MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 05

PELAJAR DQ SANTUNI PENDUDUK KG BARU MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 06

PELAJAR DQ SANTUNI PENDUDUK KG BARU MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 07