Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
NIBONG TEBAL, 28 OKTOBER 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) bersama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) Peringkat Kebangsaan Zon Utara dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan serta rakan-rakan strategik bertempat di Dewan al-Ghazali, SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Pulau Pinang.

Majlis Perasmian J-KIS ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Turut hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani (Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM) dan YBrs. Puan Fazilah binti Mat (Pengetua SMKA Syeikh Abdullah Fahim) serta dif-dif jemputan. J-KIS telah mengumpulkan sejumlah 700 orang pelajar daripada SMKA TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) Zon Utara iaitu daripada SMKA Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang), SMKA Arau (Perlis), SMKA Kedah (Kedah) dan SMKA Kerian (Perak).

Penganjuran J-KIS ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha untuk peserta mengenalpasti isu gejala sosial, kesejahteraan kesihatan mental melalui pendekatan psikospiritual Islam, isu berkaitan kecelaruan seksual dan kecelaruan gender dan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk keselamatan diri dari gangguan dan pengantunan seksual.

3 slot 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 telah dilaksanakan antaranya 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 1 bertajuk “Jiwa Kacau: Kongsi atau Pendam?” yang disampaikan oleh Cg. Nik Mohd Lizam bin Nik Yahya (Fasi KSKCC). S𝘩𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 2 telah disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof (Pegawai Bahagian KSK JAKIM) dengan tajuk “Anda, Dakwah & LGBT” dan 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 3 yang terakhir bertajuk “Pengantunan Seksual (𝘚𝘦𝘹𝘶𝘢𝘭 𝘎𝘳𝘰𝘰𝘮𝘪𝘯𝘨)” telah disampaikan oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi (MFA Consultancy).

Semoga J-KIS pada kali ini memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta anak-anak pelajar untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah proaktif dalam usaha menangani isu gejala sosial yang kian menular ini.


JKIS 2024 01

JKIS 2024 02

JKIS 2024 03

JKIS 2024 04

JKIS 2024 05

JKIS 2024 06

JKIS 2024 07

JKIS 2024 08

JKIS 2024 09

JKIS 2024 10