Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SEREMBAN, 14 NOVEMBER 2024 –Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Seremban Negeri Sembilan kali ini memasuki siri yg ke tiga dilangsungkan di Masjid Al Munawwarah Kariah Panchor Jaya melibatkan peserta seramai 47 org klien AADK yang berada dalam tempoh pengawasan.

Selepas menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah para peserta mengikuti slot Makrifatun Nafs yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fadhli bin Ahmat, Pegawai Hal Ehwal Agama MITI dan juga merupakan fasilatator di KSKCC JAKIM. seterusnya para peserta mengikuti slot Rawatan Diri Melalui Ilaj Syarie yang disampaikan oleh Us. Abd Halim bin Zakaria, pengamal perubatan Islam dan Fasilatator di KSKCC JAKIM juga.

Ucapan penutup program disempurnakan oleh YBrs Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga,Sosial dan Komuniti JAKIM dan juga diakhiri dengan ucapan daripada pengerusi masjid. Semoga proram ini memberi manfaat yang sebaiknya kepada peserta program di samping mendekatkan klien AADK dengan kehadiran ke masjid.

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 1

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 2

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 3

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 4

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 5

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 6

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 7

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 8

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 9

𝗣𝗔𝗑𝗖𝗛𝗒π—₯ 10