SABAK BERNAM, 28-30 APRIL 2025 – Kursus yang diadakan ini telah dihadiri oleh 48 orang peserta yang terdiri dari kalangan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari pelbagai Daerah, pagawai perubatan dan lain-lain pegawai dari pelbagai agensi sekitar Selangor.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan pengendalian modul dan seterusnya para peserta diberikan sijil sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam. Antara penceramah yang telah hadir memberikan perkongsian kepakaran ialah Dr. Tuty Aridzan Irdawaty binti Mahsion dari KKM, Us. Norzaidan bin Hamad dari JAWI, Puan Nik Suhaila binti Nik Hussin, Puan Latifah binti Yusuf dan Us. Suhaimi bin Ahmad Wakid dari JAIS, Puan Nurfarizan binti Jaafar dari JAKIM dan En. Mohd Khairil Asyraf bin Karid dari AKPK.
Majlis Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, KPP Cawangan Pembangunan Sosial dan Komuniti, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM bagi mewakili YBhg. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM. Turut bersama dalam majlis perasmian tersebut ialah YBrs. Puan Sabariah binti Salleh, KPP Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dalam ucapan perasmian penutupan tersebut, para penceramah Kursus Praperkahwinan Islam diingatkan bahawa penceramah kursus ini memainkan peranan dalam memastikan matlamat pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam tercapai dengan berkesan, khususnya dalam konteks negara yang pesat membangun dan menghadapi pelbagai cabaran sosial masa kini. Peranan penceramah tidak terhad hanya sebagai penyampai ilmu, malah bertindak sebagai agen perubahan sosial untuk membimbing pasangan ke arah pembentukan keluarga Islam yang sejahtera.















