Kurator Berita : Bahagian Penyiaran
KUALA LUMPUR, 17 April 2019 - Bahagian Penyiaran JAKIM dan RTM, Jabatan Penyiaran Malaysia telah menganjurkan program Wacana Eksekutif Maqasid Syariah bersama Penerbit Rancangan di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio, RTM Angkasapuri.
 
Wacana ini telah dihadiri Puan Norba’iyah bt. Dato’ Baharuddin, Pengarah Bahagian Radio RTM, Puan Hajjah Misliyah binti Haji Rusli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyiaran JAKIM, Encik Mohd. Ayub bin Syed Mohamad, Timbalan Pengarah Bahagian Radio RTM serta pengurus-pengurus stesen dan para penerbit rancangan RTM.
 
Ustazah Nor Safina bt. Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM telah dijemput menyampaikan pembentangan dalam wacana berkenaan. Beliau telah berkongsi berkenaan minda Maqasid serta gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan model Malaysia yang menjadi teras pentadbiran negara. Semoga wacana yang dianjurkan dapat memberikan input kepada seluruh penerbit rancangan.
 
Minda Maqasid bersama Penerbit Rancangan 1
 
Minda Maqasid bersama Penerbit Rancangan 2
 
Minda Maqasid bersama Penerbit Rancangan 3
 
Minda Maqasid bersama Penerbit Rancangan 4
 
Minda Maqasid bersama Penerbit Rancangan 5
 
Minda Maqasid bersama Penerbit Rancangan 6