VISI Peneraju Pembelajaran dalam Bidang Pengurusan Hal Ehwal Islam menjelang 2025
MISI Membangunkan Modal Insan melalui Pembelajaran yang Strategik, Holistik dan Inovatif bagi Memperkasa Pengurusan Hal Ehwal Islam.
OBJEKTIF Meningkatkan Pengetahuan, Kompetensi dan Profesionalisme Perkhidmatan Hal Ehwal Islam melalui Pembelajaran yang Strategik, Holistik dan Inovatif merangkumi:-
Melatih Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dalam Bidang Kepimpinan dan Pengurusan Islam melalui Kursus-Kursus yang ditawarkan;
Meningkatkan Kompetensi Perunding Latihan melalui Pembelajaran Formal daripada Institusi yang Bertauliah;
Membangunkan Modul Pembelajaran yang Bersepadu, Holistik dan Efektif;
Menyediakan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif;
Menyebar Luas Jaringan Kerjasama Strategik dengan Agensi Dalam dan Luar Negara untuk Melaksanakan Program Pembelajaran;
Melaksanakan Pengurusan Program Pembelajaran yang Cekap, Efektif dan Sistematik;
Menjalankan Kajian dan Penyelidikan yang Berstruktur berkaitan Bidang Latihan bagi Keberkesanan dan Penambahbaikan Modul serta Penerokaan Aspek Latihan yang Baharu.
PIAGAM PELANGGAN Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:
Menghebahkan penawaran program latihan dalam tempoh 1 bulan sebelum dilaksanakan.
Memberi maklum balas status permohonan program latihan dalam tempoh 2 minggu sebelum pelaksanaan.
Menyediakan perunding latihan ILIM yang kompeten mendapat skor purata penilaian minimum 3.5 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
Menyediakan penceramah yang kompeten mendapat skor purata penilaian minimum 4 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
Mengurus kursus dengan cekap serta mendapat skor purata penilaian minimum 4 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
Memastikan prasarana serta keperluan latihan berfungsi dengan baik dan mendapat skor purata penilaian minimum 3 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
Memastikan bayaran semua perkhidmatan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas dokumen tuntutan yang lengkap diterima.
Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja.
Memberi maklum balas permohonan penggunaan prasarana dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diterima.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
ILIM merupakan sebuah institusi yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada pegawai hal ehwal Islam khususnya dan kakitangan kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang bertaqwa, kompeten dan cekal menghadapi cabaran.
Diharapkan segala kemudahan yang disediakan di ILIM dapat memenuhi keperluan peserta sepanjang berkursus di ILIM.
Saya menaruh harapan yang tinggi melalui laman web ini aktiviti-aktiviti ILIM dapat disebarkan kepada pelanggan kami dengan lebih meluas sekaligus membantu menjalinkan rangkaian profesional dalam negara mahupun di peringkat global.
Institut Latihan Islam Malaysia Jalan Maktab, Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
No. Telefon : 03-89218500
No. Faks : 03-89218500
ILIM SEPINTAS LALU
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tawaran juga dibuka kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat.
ILIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM yang ditubuhkan pada 1997 telah menjalani fasa 1 dan fasa 2 dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung di atas keluasan tanah 31 ekar di Bangi , Selangor. ILIM mempunyai seramai 116 pegawai dan kakitangan. ILIM telah beroperasi dengan kekuatan 7 pusat utama dan masing-masing menganjurkan kursus, seminar, muhadharah serta latihan menarik yang disertai oleh para peserta dari Malaysia dan dari luar Negara.
Selaras visi untuk menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program antarabangsa dan di peringkat serantau seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives dan Kursus Profesionalisme Imam Negara Serantau yang diadakan setiap tahun.
Sejajar dengan pertambahan pelawat dan peserta kursus, ILIM telah mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan telah mendapat Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009.
Mulai tahun 2010, ILIM menyediakan kursus di peringkat diploma dan sijil tinggi iaitu Diploma Pengurusan Islam dan Sijil Tinggi Sains Dakwah.
Selaras dengan permintaan dan keperluan semasa yang kian meningkat dari dalam dan luar negara, satu cawangan baru telah dibuka iaitu ILIM Wilayah Timur yang bertempat di Besut,Terengganu. ILIM Wilayah Timur mula beroperasi pada 16 Februari 2010 bagi menampung keperluan kursus untuk masyarakat di Pantai Timur, Malaysia.
BIDANG KEPAKARAN
ILIM Kampus Utama Bangi
Bidang Kepakaran/ Fokus:- Kecemerlangan Kepemimpinan dan Pengurusan Hal Ehwal Islam.
Antara kursus-kursus utama:-
Kursus Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM)
Kursus Profesionalisme Imam*
Kursus Profesionalisme Muazzin
Kursus Profesionalisme Pendakwah*
Kursus Pengurusan Pensijilan Halal*
Kursus Profesionalisme Penguatkuasaan Syarie*
Kursus Profesionalisme Pendakwaan Syariah*
Kursus Pengurusan Harta dan Kewangan Islam*
Kursus Muamalat*
Kursus Pengurusan Kekeluargaan Islam*
Kursus Kaunseling Syarie*
Kursus Profesionalisme Pensyarah*
Kursus Pemerkasaan Bahasa Inggeris*
Kursus Pemerkasaan Bahasa Arab*
Kursus Bahasa Isyarat dalam Ibadah*
Kursus Pengkaedahan Jawi*
Kursus Perancangan Strategik
Kursus Metodologi Penyelidikan*
Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Pelaporan Berkualiti*
Kursus Profesionalisme Kepemimpinan*
Kursus Pembangunan Perkaderan PHEI*
Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis
Kursus Creative Thinking and Problem Solving
Kursus Pengurusan Organisasi Cemerlang
Kursus Pembudayaan Korporat
Kursus Coaching and Mentoring
Kursus Kejurulatihan Profesional*
Kursus Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol*
Kursus Penulisan Dakwah Kreatif
Kursus Tafaqquh Fiddin
Kursus Falak Syarie
Kursus Pengurusan Fatwa
Kursus Fiqh Awlawiyyat dan Maqasid*
Kursus Ulum Quran dan Hadith
Kursus Akidah dan Pemikiran Islam*
*Kursus mempunyai beberapa tahap/ modul
ILIM Kampus Besut
Bidang Kepakaran/ Fokus:- Program Teambuilding dan Pembangunan Insan, Pengurusan Pejabat.
Kursus-kursus utama:-
Kursus Smart Ukhwah
Kursus Smart Integriti
Kursus Smart Solat
Kursus Solat Kritikal
Kursus Pengurusan Keluarga Bahagia
Kursus Pengurusan Stress
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Masjid
Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi
Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti
Kursus Pengurusan Mesyuarat Efektif
Kursus Pengurusan Fail dan Rekod
Kursus Microsoft Office dalam Pengurusan Pejabat
ILIM Kampus Jelebu
Bidang Kepakaran/ Fokus:- Pengurusan Kepemimpinan Belia, Akidah dan Aliran Pemikiran
Kursus-kursus utama:-
Kursus Smart Mukmin
Kursus Profesionalisme Mukmin*
Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Sahsiah
Kursus Pemahaman Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
Kursus Pemahaman Aliran Pemikiran
Kursus Pemahaman Ilmu Tasawuf dan Tarekat*
Kursus Perbandingan Agama
Kursus Terapi Syarie
*Kursus mempunyai beberapa tahap/ modul
ILIM Kampus Kundasang
Bidang Kepakaran/ Fokus:- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Asas Bahasa Arab dan Perkaderan Dakwah.
Kursus-kursus utama:-
Kursus Pedagogi Pengajaran Bahasa Arab (Asas)
Kursus Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
Kursus Metodologi Dakwah Masyarakat Majmuk
Kursus Kaunseling Syarie untuk Da’ie (Asas)
ILIM Kampus Lawas
Bidang Kepakaran/ Fokus:- Pengurusan Keluarga, Komuniti dan Program Ukhwah
Kursus-kursus utama:-
Kursus Pengurusan Keluarga Bahagia
Kursus Smart Komuniti Silang Budaya
Kursus Pengukuhan Ukhwah
Kursus Pengukuhan Ibadah
Kursus Bahasa Etnik untuk Da’ie
Kursus Komuniti Bestari
ILIM Kampus Lahad Datu
Bidang Kepakaran/ Fokus:- Profesionalisme Imam dan Pengimarahan Masjid