Judul: Tadabbur Kalamullah 12 Syawal 1441H - Allah Kasih Orang Bertaubat
Kategori: Artikel
TADABBUR KALAMULLAH 12 SYAWAL 1441H
ALLAH KASIH ORANG BERTAUBAT
 
 
 
وَإِنِّی لَغَفَّارࣱ لِّمَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَـٰلِحࣰا ثُمَّ ٱهۡتَدَىٰ
 
"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya".
[Surah Ta-Ha 82]
 
Setiap manusia pasti melakukan dosa dan kesalahan. Namun sentiasa berpeluang untuk kembali ke pangkal jalan. Hal ini kerana Allah swt sentiasa bersedia mengampuni hamba-hambaNya yang ingin menyucikan diri mereka daripada dosa dan kesalahan serta mencintai mereka.
 
إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلتَّوَّ ٰ⁠بِینَ وَیُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِینَ
 
"SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri".
[Surah al-Baqarah 222]
 
Terdapat beberapa cara agar dosa kita diampuni:
 
1. Taubat nasuha (yang benar-benar ikhlas).
 
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةࣰ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن یُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیُدۡخِلَكُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai...".
[Surah at-Tahrim 8]
 
 
2. Istighfar.
وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِیُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِیهِمۡۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ یَسۡتَغۡفِرُونَ
 
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)".
[Surah al-Anfal 33]
 
 
3. Amal-amal kebaikan.
إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ یُذۡهِبۡنَ ٱلسَّیِّـَٔات
 
"Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan".[Surah Hud 114]
 
 
4. Musibah-musibah di dunia.
 
Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya setiap musibah yang menimpa seorang muslim menjadi penebus (kaffarah) atas dosanya. Bahkan sampai terpeleset kakinya, luka di jarinya, ataupun duri yang menusuknya".
(HR Muslim)
 
5. Doa dan permohonan daripada orang mukmin.
 
وَٱلَّذِینَ جَاۤءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ یَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَ ٰ⁠نِنَا ٱلَّذِینَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِیمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِی قُلُوبِنَا غِلࣰّا لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَاۤ إِنَّكَ رَءُوفࣱ رَّحِیمٌ
 
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
[Surah al-Hashr 10]
 
7. Seksaan Kubur.
 
Azab kubur adalah perkara yang harus diyakini kebenarannya. Ia juga merupakan salah satu jalan pengampunan yang boleh mengurangkan azab yang akan ditimpakan Allah kepada hamba-hambaNya atas dosa yang dilakukannya.
 
 
8. Syafaat daripada Rasulullah saw dan pengampunan daripada Allah SWT.
 
إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَغۡفِرُ أَن یُشۡرَكَ بِهِۦ وَیَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَ ٰ⁠لِكَ لِمَن یَشَاۤءُۚ
 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya)".
[Surah an-Nisa' 48]
 
Jalan pengampunan telah pun disediakan oleh Allah swt. Kini, hanya tinggal bagaimana kita yang memerlukan pengampunan itu samada mahu bertaubat ataupun kekal dalam dosa dan maksiat?! Bertaubatlah, semoga jika selamat dunia dan akhirat.