Judul: Abu Abdullah Muhammad Bin Idris Al Muttalibi Al-Shafii
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM15.00
Sinopsis:
Imam al-Shafie’I merupakan seorang ilmuan yang begitu hebat karismanya, tentulah periwayatan hidupnya wajar menjadi contoh atau teladan kepada kita semua, khususnya generasi muda yang sedang membina masa hadapan mereka atau yang sedang berada di mana-mana pusat pengajian sama ada tinggi ataupun rendah. Maka penulisan ini mempunyai signifikannya yang tersendiri,

Penulisan ini juga merupakan sebuah karya penyelidikan dalam memperkenalkan kehebatan Imam al-Shafi'i dari sudut keintelektualannya kepada masyarakat kini kerana kealimannya dalam berbagai-bagai bidang ilmu dan ia dianggap sebagai satu cabaran kepada ilmuan sekarang yang rata-rata hanya berupaya menguasai satu bidang ilmu sahaja dalam satu kelompok yang besar.

Selain mengupas sejarah hidup Imam al-Shafi`i dan sudut-sudur yang dilaluinya, ia juga bertujuan memperkenalkan sejumlah besar hasil karyanya, yang sebahagiannya belum lagi diketahui oleh masyarakat umum. Masyarakat mengenali kitab-kitab al-Risalah dan al-Umm, tetapi di samping beberapa buah kitab tersebut, terdapat juga kitab-kitab lain yang telah dihasilkannya. Tentu kedudukan ini memerlukan satu kajian, penyelidikan dan pendedahan yang lebih mendalam.

Akhirnya, penulisan ini juga bertujuan meninjau secara khusus beberapa pendapat Imam ini dalam bidang Ilmu Usul, Fiqh dan ilmu-ilmu yang lain.