Judul: Terjemahan dan Huraian BULUGHUL MARAM - Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani
Kategori: Buku
Harga: Jilid 1 : RM20.00 Jilid 2 : RM23.00
Sinopsis:

Kitab Ini adalah terjemahan dan huraian daripada kitab Bulugh Al-Maram yang ditulis oleh Al-hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani. Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Ali bin Muhammad Abu fadhl Al-Kinani Al-Syafie atau lebih dikenali sebagai Ibnu Hajar Al-Asqalani. Beliau merupakan pendokong dan pengembang sunnah Rasulullah s.a.w dan pernah memegang jawatan qadhi. Beliau mesyhur dengan gelaran Al-Hafiz kerana beliau mendalami bidang hadis serta menghafaz dan mengamalkan lebih dari seratus ribu hadis dengan matan dan sanadnya sekali.

Kitab jilid satu merupakan ringkasan yang meliputi usul dalil-dalil hadis bagi menentukan sesuatu hukum syarak. Ia mengandungi 10 bab iaitu bab air, bab bijana bab menghilangkan najis, bab wudhuk, bab menyapu ke atas dua khuf, bab perkara membatalkan wudhuk, bab adab membuang air kecil, bab mandi dan hukum berjunub, bab tayammum dan bab haid. Dalam kitab jilid satu ini , terdapat sejumlah 142 hadis yang disertakan maksud, huraian dan pengajaran hadis serta perawinya. Setiap hadis juga diterangkan darjatnya sama ada sahih, hasan ataupun doif.

Kitab jilid dua pula mengandungi 17 bab yang menjelaskan tentang hukum dan hal-hal yang berkaitan dengan solat. Kitab ini dapat membantu mempelajari hadis secara mendalam. Dalam kitab jilid dua ini , terdapat sejumlah 365 hadis yang disertakan maksud, huraian dan pengajaran hadis serta perawinya. Setiap hadis juga diterangkan darjatnya sama ada sahih, hasan ataupun doif.