Judul: Ensiklopedia Ulama'- Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman 14 Jilid
Kategori: Buku
Harga: RM25.00
Sinopsis:

Usaha untuk membangunkan semula tamadun ummah tidak terlepas daripada sejarah kesarjanaan ummah itu sendiri. Dalam konteks ini, mengenali para ilmuwan dan kesarjanaan mereka dalam pelbagai bidang ilmu secara lebih dekat adalah aset utama dalam kerangka pembangunan tersebut. Mereka adalah insan yang bekerja keras kerana Allah, agama dan perjuangan Rasul-Nya, menepati tanggungjawab mereka sebagai pewaris para anbiya'.

Penulisan ini mengemukakan ketokohan para ulama' dari sudut peranan dan sumbangan mereka sebagai pemikir, ilmuwan, pemimpin dan model kepada ummah sejak zaman berzaman disusun dan dipersembahkan berdasarkan kronologi kewafatan para ulama' yang dimulai selepas zaman kewafatan baginda Rasulullah SAW iaitu bermula pada peringkat sahabat, tabi'in dan atba' tabi'in. Penulisan ini diperluaskan ke generasi seterusnya iaitu ulama' mazhab Shafi'i yang terdiri daripada murid beliau ketika di Makkah, 'Iraq dan Mesir sehinggalah kepada para ulama' mazhab sepanjang sejarah perkembangan mazhab ini. Seterusnya penulisan ini diperluaskan lagi sehingga kepada tokoh-tokoh ulama' rantau Asia dan berakhir dengan tokoh-tokoh ulama' yang baru wafat sekitar abad ini.

Ensiklopedia Ulama' yang diterbitkan dalam beberapa jilid ini merupakan satu usaha yang murni ke arah melahirkan sebuah khazanah berharga untuk tatapan masyarakat dan diharap ianya menjadi pemula kepada generasi kini untuk lebih mengenali tokoh- tokoh ulama' dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang keilmuan serta menjadikan mereka sebagai contoh dalam kehidupan.