Judul: Fiqh Mazhab Asy-Syafi’e Yang Muktamad - Prof. Dr. Muhammad Al-Zuhaili
Kategori: Buku
Harga: Harga : Jilid 1 : RM40.00 Jilid 2 : RM36.00
Sinopsis:

Kitab yang berjudul Al-Mu'tamad fi al-Figh asy-Syafi'ie (Fiqh Mazhab Asy-Syafi'ie yang Mu'tamad) ini ditulis oleh Prof. Dr. Muhammad Al-Zuhaili. Kitab ini menggunakan tiga metode penulisan utama, iaitu berpegang kepada qaul rajih dalam mazhab, menerangkan dalil syara' bagi hukum-hukum fiqah dalam mazhab asy-Syafi-'ie, dan menyebutkan nama dan bilangan ayat-ayat al-Qur'an yang dinyatakan serta mentakhrijkan hadith-hadith dengan takhrij yang ringkas.

Tujuan penulisan kitab ini supaya setiap orang islam dapat mengetahui hukum Allah SWT dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam Islam yang lebih memuaskan dengan mengetahui dalil syara' daripada al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad. Marilah kita sama-sama memperoleh ilmu pengetahuan yang bermanfa'at, dan mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah SWT.