Judul: Gerbang Perkahwinan
Kategori: Buku
Harga: RM11.80
Sinopsis:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghasilkan Buku Gerbang Perkahwinan bagi edisi ketiga. Penghasilan buku ini berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKP).

Buku Gerbang Perkahwinan boleh dijadikan bahan rujukan dan panduan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Kandungan buku ini telah ditambahbaik sejajar dengan penambahbaikan modul dalam melaksanakan Kursus Praperkahwinan Islam seluruh Malaysia. Buku Gerbang Perkahwinan edisi ketiga ini dihasilkan dengan menggunakan rekabentuk dan grafik terkini untuk menarik perhatian pembaca dari kalangan generasi kontemporari.

JAKIM mengucapkan terima kasih di atas sumbangan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan penerbitan Buku Gerbang Perkahwinan ini. Semoga usaha in mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT serta menjadi jariah yang berpanjangan buat semua. JAKIM turut mengharapkan agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca untuk kelangsungan kehidupan berumahtangga menurut Islam.