Judul: Bicara Tasawuf Dan Tarekat Laluan Pemerkasaan Kerohanian Dan Arus Materialisme
Kategori: Buku
Harga: RM11.00
Sinopsis:
Buku ini disediakan untuk menjadi bacaan bersesuaian dengan orang awam agar mereka boleh memahami disiplin ilmu Tasawuf dan Tarekat yang sememangnya diperlukan untuk memperkasakan aspek kerohanian ummah secara keseluruhannya dalam menghadapi landaan deras faham materialisme dan doktrin materialisme masa kini. Walaupun demikian, penulisan buku ini diasaskan kepada rujukan-rujukan muktabar dalam bidang seperti tersenarai dalam bibliografi. Oleh itu, sekiranya para pembaca berhasrat untuk membuat rujukan yang lebih lanjut bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang topik- topik tertentu, mereka dipersilakan membuat semakan dalam senarai bibliografi yang disediakan di hujung buku ini.

Perlu dicatatkan bahawa disiplin ilmu Tasawuf dan Tarekat adalah satu bidang ilmu yang dipenuhi dengan pelbagai istilah khusus (technical terms). Justeru di hujung buku ini disediakan senarai glosari pelbagai istilah untuk memudahkan para pembaca mendapatkan kefahaman yang tepat mengenai istilah-istilah tertentu. Namun, wajar juga dicatatkan bahawa sebahagian daripada istilah khusus tersebut sudah terhurai dalam teks penulisan dan istilah-istilah sedemikian tidak perlu lagi disenarai dan dijelaskan dalam senarai glosari.