Sinopsis:
Buku ini secara keseluruhannya mengandungi enam bab. Bab yang pertama akan memberikan gambaran awal terhadap senario LGBT semasa berkaitan pendekatan dan pendirian kedua-dua golongan seperti yang telah dinyatakan.
Bab kedua pula akan mendedahkan perkembangan isu LGBT dalam konteks Malaysia. Bab ketiga akan memberikan pencerahan berkenaan perspektif Islam dan Barat dalam isu LGBT. Bab keempat akan membentangkan hujahan pendokong LGBT dan hujahan balas berasaskan pandangan Islam sebenar. Seterusnya, bab kelima akan menjelaskan faktor dan implikasi perlakuan LGBT terhadap individu dan masyarakat.
Bab yang terakhir di dalam buku ini akan mendedahkan usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak terutama JAKIM dalam membantu golongan yang terjebak dengan perlakuan LGBT untuk kembali menjalani kehidupan yang menepati kehendak syariat.
Sebahagian besar kandungan buku ini diolah daripada tesis peringkat kedoktoran penulis buku ini sendiri yang bertajuk "Perspektif Komuniti Lesbian, Gay dan Transgender Muslim di Malaysia Terhadap Perlakuan Homoseksual dan Konsep Perkahwinan dalam al-Quran".
~ Dr. Mohd Izwan binMd Yusof ~