GARIS PANDUAN MENGGUNAKAN
BAHAN TERBITAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
_________________________________________________________________
 
 
 
TUJUAN
 
1. Garis panduan ini bertujuan memberi panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang mahu menggunakan terbitan JAKIM untuk disebarkan semula kepada masyarakat.
 
 
LATAR BELAKANG
 
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyumbang bahan-bahan terbitan mengenai Islam untuk kegiatan dakwah dalam masyarakat dan negara.Banyak pihak telah mendapat manfaat daripada hasil terbitan tersebut.
 
3. Perkembangan semasa, khusus dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi masa kini menyaksikan banyak pihak berminat menggunakan terbitan-terbitan tersebut dalam pelbagai cara untuk disebarkan semula kepada masyarakat secara lebih luas.Bagi memelihara hak dan kesahihannya maka JAKIM mengadakan satu garis panduan untuk diikuti oleh pihak-pihak yang berkaitan.
 
 
DASAR JAKIM BERKAITAN MEDIA TERBITANNYA
 
4. JAKIM mempunyai hak cipta terhadap semua terbitannya.Dalam melaksanakan fungsinya melalui terbitan yang dihasilkan, JAKIM berpegang kepada aspek penyebaran dakwah yang tidak merugikan kerajaan, jabatan dan kepentingan ummah.
 
 
BAHAN TERBITAN JAKIM
 
5. JAKIM menerbitkan bahan-bahan berunsur Islam dalam bentuk media cetak dan elektronik.Jenis-jenis terbitan mengikut media tersebut ialah seperti berikut:
 
(a)Media Cetak
(i)Buku;
(ii)Majalah;
(iii)Jurnal;
(iv)Buletin;
(v)Risalah;
(vi)Kalendar;
(vii)Poster; dan
(viii)Stiker.
 
(b)Media Elektronik
 
Bil.
Bentuk
Saluran
 
1.
 
Filem
 
TV
 
2.
 
Pita Video
 
TV
 
3.
 
Video Cakera Padat
 
TV
 
4.
 
Cakera Padat
 
Radio
 
5.
 
Video Kaset
 
TV
 
6.
 
Kaset
 
Radio
 
7.
 
Hard Disk
 
Laman Web
 
8.
 
Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS )
 
Telefon
 
 
 
PERMOHONAN
 
6. Penggunaan terbitan JAKIM dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang bertujuan komersial dan bukan tujuan komersial.
 
 
Tujuan Komersial
 
7. Penggunaan terbitan JAKIM untuk tujuan komersial ialah menggunakan bahan terbitan bagi sesuatu maksud berkaitan perdagangan, pembelian, penjualan atau perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan.
 
 
Bukan Tujuan Komersial
 
8. Penggunaan terbitan JAKIM bukan bertujuan komersial ialah menggunakan bahan bagi sesuatu maksud bukan berkaitan perdagangan, pembelian, penjualan atau perkhidmatan bagi mendapat keuntungan seperti untuk pembelajaran, pendidikan dan seumpama dengannya.
 
 
Prosedur Permohonan
 
9. Pihak-pihak yang ingin menggunakan terbitan JAKIM hendaklah mengikuti prosedur berikut:
 
9.1 Sebarang permohonan hendaklah dibuat secara bertuliskepada Ketua Pengarah JAKIM;
 
9.2 Pemohon hendaklah mengemukakan butir-butir diri atau syarikat denganmenyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti sijil pendaftaran dan sebagainya;
 
9.3 Pemohon hendaklah mengemukakan kertas projek berkaitan cadangan penggunaan bahan terbitan JAKIM dengan menyatakan dengan jelas bahan terbitan yang akan digunakan, tujuan penggunaan dan faedah-faedah yang akan diterima oleh kerajaan dan masyarakat; dan
 
9.4 Pemohon hendaklah mengisi borang maklumat seperti di lampiran.
 
 
Pemberian Kebenaran
 
10. Pemberian kebenaran terhadap sesuatu permohonan berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:
 
10.1 Sesuatu permohonan menepati dasar dan peraturan Kerajaan, berkepentingan umum, masyarakat dan negara;
 
10.2 JAKIM menetapkan apa jua kaedah, formula, jangka masa, bayaran royalti, balasan dan lain-lain yang berkaitan;
 
10.3 JAKIM berhak meletakkan pengesahan kebenaran;
 
10.4 JAKIM memegang hak cipta; dan
 
10.5 Setiap permohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa MediaCetak JAKIM yang diurusetiakan Bahagian Penerbitan JAKIM.
 
 
PERJANJIAN
 
11. Satu perjanjian antara pemohon dan JAKIM hendaklah diadakan bagi sesuatu permohonan.Permohonan yang pada perkiraan JAKIM tidak perlu kepada perjanjian, maka memadai surat kebenaran sahaja dikeluarkan.
 
12. Antara perkara penting dalam perjanjian tersebut ialah:
 
12.1 Tempoh perjanjian;
 
12.2 Perlanjutan tempoh perjanjian;
 
12.3 Penamatan perjanjian;
 
12.4 Pernyataanpengesahan JAKIM;
 
12.5 Pernyataan hak cipta JAKIM;
 
12.6 Jumlah cetakan yang dibenarkan;
 
12.7 Laporan percetakan yang disahkan oleh juru audit;
 
12.8 Penyeliaan oleh pegawai JAKIM;
 
12.9 Kawalan harga yang dirunding bersamapemohon dan JAKIM;
 
12.10 Kos pengeluaran ditanggung oleh syarikat; dan
 
12.11 Menyatakan alamat penerbit dan pencetak.
 
 
PERTANYAAN
 
13. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan bahagian yang berkenaanseperti di alamat berikut:
 
 
 
Pengarah
Bahagian Penerbitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Blok D9, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 Putrajaya.
Nombor telefon:03-88864401/ 03-88864442
Nombor Faksimile:03-88892046
 
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri