LOGO JAKIM OUTLINE
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PEMBERIAN ELAUN GURU TAKMIR NEGERI KELANTAN

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk isu tular di media sosial berkenaan pemberian elaun Guru Takmir di negeri Kelantan.

2. Sukacita JAKIM ingin memaklumkan bahawa peruntukan elaun Guru Takmir bagi seluruh negeri pada tahun ini adalah mencukupi sehingga bulan Disember 2020 dan JAKIM tiada halangan kepada pihak negeri untuk menguruskan pembayaran elaun tersebut tertakluk kepada prosedur kewangan semasa.

3. Merujuk surat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bertarikh 8 Oktober 2020 yang tular mengenai isu ini, JAKIM berpandangan bahawa arahan tersebut adalah berdasarkan prosedur kewangan negeri berkenaan. Justeru, JAKIM sekali lagi pada Isnin 26 Oktober 2020 telah mengeluarkan surat pekeliling kepada negeri-negeri mengenai pemakluman pembayaran elaun Guru Takmir.

4. JAKIM ingin menegaskan bahawa, pihak kerajaan sentiasa menjaga kebajikan para murabbi ummah yang banyak membantu pembangunan insan di Negara ini seperti Guru Takmir dan Guru KAFA. Ini terbukti melalui arahan yang dikeluarkan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Mac 2020 supaya elaun Guru Takmir dan Guru KAFA dibayar penuh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada kelas pengajian takmir atau KAFA dapat dilaksanakan atau sebaliknya.

5. Semoga penjelasan ini dapat menutup ruang-ruang fitnah yang sengaja dicetus oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Menjalankan Tugas
Ketua Pengarah JAKIM
11 Rabiulawal 1442H / 28 Oktober 2020M