KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
PROGRAM KEMBARA AL-AMIN : MISI MELEBAR RISALAH 

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan program Kembara Al-Amin di platform media sosial JAKIM bagi mencapai sasaran 1 juta pengikut sebelum 31 Disember 2020 di facebook JAKIM dan diikuti dengan medium-medium lain.
 
2. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengikut media sosial Agensi Agama khususnya JAKIM. Sehubungan itu, JAKIM telah mengambil tindakan pro-aktif dengan melaksanakan program Kembara Al-Amin iaitu sebuah kempen digital bagi mencapai hasrat tersebut.
 
3. Program Kembara Al-Amin ini akan disempurnakan pelancarannya oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 16 November 2020 (Isnin) jam 9.30 pagi secara langsung di page rasmi @Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
4. Objektif program Kembara Al-Amin ini adalah :-

    a. Menyediakan kandungan baharu di media sosial JAKIM. 
    b. Memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk perkhidmatan JAKIM kepada pelanggan serta pengikut JAKIM di media sosial.
    c. Mendekatkan hubungan dengan pelanggan serta pengikut JAKIM di media sosial melalui kandungan-kandungan kreatif yang interaktif dan berkesan.
 
5. Program Kembara Al-Amin merupakan jenama utama yang mengandungi beberapa segmen menarik untuk disiarkan dalam bentuk poster, infografik dan video secara berkala di laman Facebook JAKIM.
 
6. Perkataan “Kembara” bermaksud perjalanan, jelajah dan perkataan   “Al-Amin” bermaksud gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW yang bermaksud boleh dipercayai. Jenama Kembara Al-Amin mengambil inspirasi daripada gelaran Rasulullah SAW dalam menggambarkan perjalanan seseorang untuk menjadi insan yang lebih baik.
 
7. Tempoh pelaksanaan program ini selama 46 hari mulai 16 November hingga 31 Disember 2020 bagi mencapai sasaran 1 juta pengikut.
 
8. Sebanyak 10 segmen dilaksanakan yang sesuai dengan pelbagai lapisan umur dan merentas kaum :-
 
      i. Oh ! Baru Tahu - (Soal jawab agama umum)

      Kaedah      : Poster
      Huraian      : Menyiarkan soal jawab agama adaptasi dari buku Bayan Linnas.
      Siaran        : Seminggu 3 kali
 
 
      ii. Tanya JAKIM - (Mempromosi produk perkhidmatan JAKIM dan menjawab isu viral berkaitan hal ehwal Islam)
 
      Kaedah      : Video / siaran langsung
      Huraian      : Mempromosikan produk-produk perkhidmatan JAKIM dan menjawab isu-isu viral berkaitan hal ehwal Islam
      Siaran        : Seminggu 2 kali
 
 
      iii. Heart Talk - (Bicara santai berkaitan penghayatan Islam dan nilai-nilai murni)
 
      Kaedah      : Video / siaran langsung
      Huraian      : Bicara santai membincangkan topik-topik penghayatan Islam dan nilai-nilai murni kepada masyarakat.
      Siaran        : Seminggu 1 kali
 
 
      iv. Ajaibnya Doa - (Doa-doa pilihan beserta terjemahannya)
 
      Kaedah      : Video
      Huraian      : Menyiarkan doa-doa pilihan yang dipetik daripada buku Inilah Doaku (Penulis: YB Senator Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri)
      Siaran        : Setiap hari
 
 
      v. Refleksi Al-Amin (Hadith-hadith pilihan dan terjemahannya)
 
      Kaedah      : Poster
      Huraian      : Menyiarkan hadith-hadith pilihan yang dipetik daripada Aplikasi Mobil Smart Hadith dibangunkan oleh JAKIM dan SKMM.
      Siaran        : Setiap hari
 
 
      vi. 1 Hari 1 Ayat (Ayat Al-Quran pilihan beserta dengan terjemahannya)
 
      Kaedah      : Poster
     Huraian    : Menyiarkan ayat al-Quran dan terjemahan. Pengguna media sosial juga dijemput untuk berkongsi ayat al-Quran yang memberikan inspirasi kepada mereka.
      Siaran        : Setiap hari
 
 
      vii. Vokal Orang Muda (Pertandingan lagu-lagu ketuhanan)
 
      Kaedah      : Video
      Huraian      : Pertandingan lagu-lagu ketuhanan dari kalangan anak muda yang berbakat.
      Siaran        : 2 minggu sekali
 
 
      viii. #togethertilljannah (Pertandingan fotografi keluarga bahagia)
 
      Kaedah      : Poster
      Huraian      : Pertandingan fotografi tentang aktiviti kerohanian bersama keluarga yang menonjolkan ciri-ciri keluarga sakinah serta memberi inspirasi kepada masyarakat.
      Siaran        : Peserta akan muat naik gambar di facebook masing-masing dan #togethertilljannahJAKIM untuk dinilai.
      Siaran        : 2 minggu sekali
 
 
      ix. Menu Al-Amin (Poster berkaitan makanan sunnah dan khasiatnya)
 
      Kaedah      : Poster
      Huraian      : Menyiarkan makanan kegemaran Rasulullah SAW berserta khasiat.
      Siaran        : Setiap sabtu dan ahad
 
 
      x. Teka Jawi (Pertandingan meneka tulisan jawi)
 
      Kaedah      : Poster
      Huraian      : Segmen ini berbentuk cabaran untuk meneka tulisan jawi yang dipaparkan di Facebook JAKIM.
      Siaran        : Setiap Jumaat
 
 
 
9. Sehubungan itu, dimohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan program ini.
 
Sekian.
 
DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Yang menjalankan tugas
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)
 
14 November 2020