jata negara small

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)

BERKENAAN

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG MUSA’ADAH COVID-19 JAKIM-YWM DAN PELEPASAN KONVOI PROGRAM MUSA’ADAH BANTUAN BENCANA ALAM PASCA BANJIR JAKIM-YWM KE DUNGUN TERENGGANU

Bil. 4/2021

Pada hari ini iaitu tanggal 8 Februari 2020, kami melalui Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia akan meneruskan misi menyampaikan bantuan pasca banjir siri ke 2 :

1. Kali ini Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM Ke Kampung Sungai Jengei, Dungun Terengganu. Dengan jumlah bantuan sebanyak berjumlah RM60,000.00. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Daerah Dungun, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu dan Pejabat Daerah Dungun, Terengganu. Bantuan berupa barang-barang keperluan seperti dapur gas, tilam toto/bantal, keperluan wanita dan kanak-kanak dan pek barangan makanan kering untuk disampaikan kepada 200 ketua isi rumah di daerah tersebut.

2. Penyampaian sumbangan kepada Saudara Abdul Taib bin Abdul Kadir, berasal dari Sarawak yang sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur berjumlah RM2,000.00.

3. Kali ini kita juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan kepada mahasiswa dan mahasiswi (B40 dan Asnaf) Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 122 yang turut terkesan akibat Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa dengan nilai bantuan berjumlah RM200 seorang dan jumlah keseluruhan adalah RM24,400.00.

4. Seterusnya bantuan pembiayaan Kos Swab Test kepada frontliner Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), yang berjumlah 60 orang juga sebagai Frontliner yang menguruskan jenazah Covid-19 dengan nilai RM 15.000.00.

5. Semoga bantuan dari Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM ini dapat meringankan sedikit bebanan saudara-saudara kita yang terkesan Pandemik Covid-19 dan mereka yang ditimpa musibah. Kita sentiasa mendoakan mereka yang sedang diuji oleh Allah SWT ini dapat bersabar di atas ujian-Nya dan semoga sentiasa diberkati.

Di samping itu, saya menyeru dan merayu kepada para dermawan, individu, Syarikat-syarikat Korporat dan seluruh rakyat Malaysia agar dapat menghulurkan sumbangan ke Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia, no. : 86-0221818-6 CIMB Islamic Bank Berhad.(Ref: JAKIM), terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang ke tabung ini semoga Allah jua yang membalas dengan jannah kepada tuan-tuan semua.

# Anda sumbang kami tolong sampaikan.

Sekian, terima kasih.

SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
8 Februari 2021