LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

ANUGERAH MASJID MALAYSIA (AMM) TAHUN 2020

Bil.8/2021

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Anugerah Masjid Malaysia (AMM) Tahun 2020 yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Jumaat 12 Mac 2021 jam 8 pagi secara siaran langsung di TV AlHijrah.

  2. Sebanyak 28 buah masjid telah menerima anugerah dalam majlis tersebut, yang melibatkan 2 masjid daripada setiap negeri seluruh Malaysia. Hadiah yang diberikan dalam bentuk wang tunai, plak dan sijil.

  3. Penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) Peringkat Kebangsaan ini telah dilaksanakan pada 17 November hingga 8 Disember 2020 oleh 16 orang panel penilai yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Aderi Che Noh dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mereka yang dilantik dari beberapa agensi kerajaan dan swasta iaitu JAKIM sendiri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Atsa Architects Sdn Bhd.

  4. Penilaian ini mengukur empat komponen yang digariskan dalam Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) iaitu pengurusan (35%), pengimarahan (35%), kemudahan prasarana (20%) dan persekitaran (10%).

  5. Keputusan penuh Anugerah Masjid Malaysia (AMM) adalah mengikut kategori seperti berikut :
    • ANUGERAH PERDANA STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM) TAHUN 2020

      Hadiah:
      • Wang tunai RM50,000
      • Plak dan sijil.

      Masjid Sharifah Fatimah, Kedah


    • ANUGERAH TERBAIK STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM) TAHUN 2020 (Mengikut kategori)

      Hadiah:
      • Wang tunai RM20,000
      • Plak dan sijil
      • Kategori Pengurusan Dinamik: Masjid Saidina Abu Bakar, Wilayah Persekutuan
      • Kategori Masjid Berkebajikan: Masjid Kota Damansara, Selangor
      • Kategori Landskap Komersial: Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak
      • Kategori Mesra Komuniti: Masjid As-Sobirin, Perlis
      • Kategori Pengurusan Bestari: Masjid Sharifah Fatimah, Kedah
      • Kategori Pengimarahan Inovatif: Masjid Abdullah Fahim, Pulau Pinang
      • Kategori Pengimarahan Kreatif: Masjid Dato’ Kelana Petra, Negeri Sembilan
      • Kategori Kelestarian Komuniti: Masjid Ar-Rahmah, Melaka
      • Kategori Pengimarahan Berimpak: Masjid Al-Jawahir, Johor
      • Kategori Pengimarahan Solat: Masjid Taman Temerloh Jaya, Pahang
      • Kategori Khidmat Komuniti: Masjid Nur Bakti, Terengganu
      • Kategori Komuniti Prihatin: Masjid Ismail Petra, Kelantan
      • Kategori Pengimarahan Etnik: Masjid An-Nur, Sarawak
      • Kategori Pengimarahan Strategik: Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sabah
 
c. ANUGERAH STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA (SPMM) TAHUN 2020
Hadiah:
• Wang tunai RM10,000
• Plak dan sijil

Masjid Al-Barakah, Perlis
Masjid Tuanku Mukhriz, Negeri Sembilan
Masjid Al-Idrisiah, Bukit Bertam, Perak
Masjid Al-Ehsan, Langkawi, Kedah
Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin, Pahang
Masjid Jamiul Badawi, Pulau Pinang
Masjid Bandar Seri Putra, Selangor
Masjid Puncak Taqwa, Sabah
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Wilayah Persekutuan
Masjid Sri Aman, Kelantan
Masjid al-Ghaffar, Melaka
Masjid Bandar Kota Tinggi, Johor
Masjid al-Islah, Terengganu
Masjid Darul Istiqamah, Sarawak
 
  1. Matlamat AMM ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada masjid-masjid yang telah komited memberikan sumbangan masa, tenaga dan idea dalam mengimarahkan rumah Allah, dalam usaha membudayakan masyarakat yang mencintai masjid.

  2. Masyarakat juga dijemput untuk menonton siaran ulangan Majlis Penyampaian AMM pada Ahad 14 Mac 2021 jam 9.00 malam di TV AlHijrah.

  3. Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.


Sekian, terima kasih.


“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,
 
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 Mac 2021