jata negara small
 
UCAPAN SIDANG MEDIA
YB DATUK HAJI AHMAD MARZUK BIN SHAARY
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
 
BERKENAAN

PROGRAM KEMBARA AL-AMIN
RAMADHAN 1442H/2021M

Bil.9/2021
 
Saya ingin memohon jasa baik pihak media untuk melaporkan kepada masyarakat mengenai perkara-perkara berikut :
  1. Sempena kedatangan bulan Ramadhan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan program Kembara Al-Amin Ramadhan 1442H/2021M mulai 1 Ramadan 1442H sehingga 30 Ramadan 1442H.
  2. Kembara Al-Amin merupakan sebuah jenama program digital yang disiarkan menerusi media sosial rasmi JAKIM dan PPZ MAIWP secara umumnya bertujuan mengajak masyarakat sama-sama menghayati pengisian bulan Ramadhan menerusi media sosial. Selain itu, ia juga sebagai salah satu usaha dakwah dan penyebaran nilai-nilai murni dalam memastikan pengguna media sosial menerima pengisian bermanfaat dan maklumat terkini yang tepat berkaitan hal ehwal Islam.
  3. Objektif penganjuran program ini ialah :
    1. Menyampaikan pengisian bermanfaat dan maklumat hal ehwal Islam yang tepat kepada pengguna media sosial berkaitan tema Ramadan.
    2. Mengajak umat Islam mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam menghayati bulan Ramadhan dengan melaksanakan ibadah dan amalan-amalan soleh.
    3. Meningkatkan imej agensi agama dan mempromosikan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh JAKIM dan PPZ-MAIWP kepada masyarakat.
  4. PENGISIAN PROGRAM
    Sebanyak 13 segmen disediakan berkonsepkan bual bicara, infografik, videografik, peraduan, doa dan zikir harian yang disiarkan secara langsung mahupun rakaman seperti berikut :

 Bil

Segmen

 

Keterangan

 

 

 

 

 

1

 

Tanya JAKIM Ramadhan

Segmen berkaitan penjelasan isu-isu semasa hal ehwal Islam dan isu-isu berkenan kemusykilan agama berkaitan ibadah di bulan Ramadan yang disiarkan secara langsung 2 kali seminggu.

 

 

 

2

 

Heart Talk Ramadhan

Segmen tazkirah Ramadhan oleh penceramah selebriti yang disiarkan sebelum waktu solat Subuh dan sebelum waktu iftar setiap hari.

 

 

 

 

3

 

Sucikan Harta

Segmen khas bersama Pusat Pungutan Zakat MAIWP mengenai bual bicara isu-isu pengurusan zakat, fidyah dan muamalat Islam yang disiarkan secara langsung setiap minggu.

 

4

 

Solat Tarawih dari Masjid Utama JAKIM

Siaran langsung solat Tarawih dari masjid utama JAKIM setiap malam.

 

5

Solat Tarawih dari Masjidil Haram

Siaran Langsung solat Tarawih dari Masjidil Haram yang disiarkan setiap malam.

 

 

6

Jom Ngaji

Tadarus dan tadabbur Al-Quran bersama qari-qari jemputan secara langsung selepas waktu tarawih setiap malam.

 

7

Feel Good Sahur

Zikir dan doa yang disiarkan sebelum waktu sahur.

 

 

 

8

 

Ajaibnya Ramadhan

Segmen hadis-hadis berkaitan Ramadhan, hukum fiqh dan fadilat Ramadhan dalam bentuk poster dan infografik yang disiarkan setiap hari.

 

9

Doa Apa Hari Ini ?

Video bacaan doa pilihan yang disiarkan secara harian.

 

 

10

 

Iftar Di Mana Hari Ini?

Segmen berupa pertandingan fotografi moment iftar bersama ahli keluarga atau rakan.

 

11

 

Tahlil Malam Jumaat

Bacaan tahlil setiap malam Jumaat secara live.

 

 

 

12

 

Ceritaku Ramadhan

Pertandingan video kreatif khusus untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke bawah mengenai pengalaman berpuasa Ramadhan.

 

 

 

13

 

Skuad Kembara Al-Amin

Skuad Kembara Al-Amin akan turun padang menyantuni kumpulan asnaf, B40 dan barisan hadapan sepanjang bulan Ramadan.

 
  1. Selain medium media sosial, JAKIM turut menyediakan portal khas Kembara Al-Amin di alamat www.islam.gov.my/kembara-al-amin yang memaparkan pelbagai info rujukan untuk umat Islam bagi memudahkan mereka di bulan Ramadhan ini. Portal mempunyai menu-menu berikut :
    i. Jadual waktu berbuka dan imsak seluruh Negara
    ii. Kapsul Ramadhan
    iii. Panduan Ibadah di bulan Ramadhan
    iv. SOP Masjid dan Surau di bulan Ramadhan negeri-negeri
    v. Venue Halal Ramadhan
    vi. Madrasah Ramadhan
    vii. Ajaibnya Ramadhan
    viii. Baca @Ramadhan
  2. Pihak kerajaan amat menyokong penuh usaha-usaha seperti yang dilakukan oleh pihak JAKIM dan PPZ MAIWP ini khususnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai alternatif kepada pengguna media sosial agar mereka terpandu dengan amalan bemanfaat. Dengan adanya program seperti ini, semoga ia dapat mengimbangi perkara-perkara negatif di media sosial.
  3. Pihak kerajaan juga menggalakkan lebih banyak program yang bermanfaat di media sosial sebagai medium dakwah yang berkesan. Lebih-lebih lagi dalam suasana pendemik COVID-19 pada hari ini yang menyukarkan pelaksanaan program secara fizikal, maka pembudayaan norma baharu sambutan Ramadhan boleh diteruskan melalui pengisian melalui media sosial.
  4. Sehubungan itu, dimohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan dan liputan bagi penganjuran program ini.
Sekian, terima kasih.