LOGO JAKIM small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 2021-2025

Bil.14/2021

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAKIM 2021-2025 yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 3 Mei 2021 (Isnin) jam 10.00 pagi. Majlis ini diadakan dalam bentuk norma baharu dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-JAKIM.
 
2. Turut sama menyaksikan Majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Seri Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
3. Pelan Antirasuah Organsiasi (OACP) JAKIM (2021-2025) ini adalah merupakan komitmen jabatan dalam mendukung aspirasi dan hasrat kerajaan untuk Menjadikan Malaysia Sebuah Negara yang Dikenali Kerana Integritinya, Bukan Kerana Rasuah’. Ia selaras dengan dasar yang dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP 2019 – 2023) di bawah Objektif Strategik 2.1 iaitu ‘Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik’
 
4. Pendekatan Maqasid Syariah telah digunakan dalam melaksanakan analisis persekitaran dan penilaian risiko rasuah, seterusnya merangka inisiatif dan pelan tindakan pencegahan rasuah dalam penambahbaikan tadbir urus JAKIM.

5. Perancangan 5 tahun (2021-2025) yang digariskan dalam Pelan OACP JAKIM ini menzahirkan usaha pencegahan rasuah merangkumi aspek governans, integriti dan antirasuah.
 
6. Sehubungan itu, dimohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan dan liputan bagi penganjuran program ini.
 
Sekian, terima kasih
 
DATUK HAJI ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3 Mei 2021