LOGO JAKIM small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

SOLAT HAJAT UNTUK PALESTIN

Bil.16/2021
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan Solat Hajat khusus untuk Palestin melalui tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Solat Hajat tersebut akan diadakan serentak selepas Solat Maghrib pada Isnin 17 Mei 2021. Hal ini sebagai menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang menyeru umat Islam di negara ini menunaikan Solat Hajat bagi mendoakan umat Islam di Palestin.
 
JAKIM akan turut memanjangkan cadangan ini bagi memohon kerjasama pihak Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menyahut saranan bagi mengadakan Solat Hajat dan mendoakan Palestin menerusi masjid-masjid dan surau di seluruh Negara dengan pematuhan SOP sedia ada.
 
JAKIM turut menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin dan menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh semua dalam membantu Palestin. Semoga usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesengsaraan dan sebagai tanda sokongan moral buat Palestin.
 
Sekian, terima kasih.
 
“PERIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
16 Mei 2021