LOGO JAKIM small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PROGRAM FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
BERKAITAN ISU PALESTIN

Bil.18/2021
 
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Palestin: Dunia Menangis Keranamu” yang akan disiarkan secara langsung menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 pada 20 Mei 2021 (Khamis), jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.
 
2. Forum Perdana kali ini mengundang tiga orang ahli panel bersama dua orang aktivis kemanusiaan untuk membicarakan topik yang menyentuh keadaan semasa yang sedang melanda negara Palestin.
 
3. Barisan panel yang akan mengupas topik ini adalah seperti berikut:
 
i. Tuan Haji Ustaz Nasrudin bin Hassan
   Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
 
ii. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Noor
    Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
    Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
 
iii. Tuan Haji Ustaz Roslan bin Mohamed
    Pendakwah
 
iv. Saudari Nurheliza binti Helmi
    Aktivis Kemanusiaan / Selebriti
 
v. Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman
   Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Cinta Gaza Malaysia
 
4. Manakala moderator forum ini ialah Ustaz Mohd. Hariri bin Mohamad Daud dan Ustaz Nabil bin Ahmad, Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
5. Diharapkan penganjuran forum ini akan dapat memberi kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat mengenai isu yang sedang melanda umat Islam di Palestin. Selain itu, forum ini juga diadakan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.
 
6. JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton program yang bermanfaat ini.
 
7. Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Mei 2021