LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN

PROGRAM MALAYSIA BERZIKIR BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Bil.25/2021

  1. Sebagai kesinambungan usaha dan ikhtiar Malaysia dalam menghadapi pandemik COVID-19 di Negara ini, JAKIM akan menganjurkan Program Malaysia Berzikir Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia. Program tersebut turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

  2. Program yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan media sosial rasmi JAKIM dan RTM itu akan diadakan pada 22 Julai 2021 jam 9.00 malam menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam.

  3. Sejurus selepas program tersebut, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Menginsafi Hikmah akan melengkapkan Program Malaysia Berzikir dengan perbincangan bersama panel-panel yang diundang. Panel yang akan mengupas tajuk forum tersebut ialah Dato’ Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah, Pakar Motivasi, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Pensyarah Universiti Malaya dan Ustaz Muhammad Ashraf bin Ridzuan, pendakwah.

  4. Sehubungan itu, JAKIM mengajak orang ramai untuk menyertai program ini bersama ahli keluarga masing-masing. Semoga Allah SWT memberkati kita semua.


Sekian

DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
21 Julai 2021