
KENYATAAN MEDIA
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama bermunajat, berzikir dan berdoa untuk kesejahteraan negara dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam pada hari ini (Khamis), 5 Ogos 2021, pukul 9.00 malam di saluran TV1.
-
Sempena Ma’al Hijrah yang bakal tiba, Forum Perdana Ehwal Islam Khas akan bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam ini dengan tajuk "Mulanya Di Sini". Program akan bermula dengan munajat dan zikir yang akan dipimpin oleh Tuan Haji Munif Ahmad (Kumpulan Nasyid Hijjaz) bersama Encik Muhammad Hazamin Harun (Kumpulan Nasyid Inteam). Munajat dan zikir ini juga akan turut disertai anggota-anggota kumpulan nasyid secara dalam talian.
- Manakala Ahli Panel dan Moderator adalah seperti berikut:
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Universiti Teknologi Malaysia UTM Kampus Kuala Lumpur
Moderator :
-
Semoga usaha berterusan ini akan memperkasakan penghayatan umat Islam kepada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Pada masa yang sama semoga mendapat rahmat daripada Allah serta dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam keadaan wabak COVID-19 yang sedang melanda.
-
JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton program yang bermanfaat ini.
-
Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.
Sekian