LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA


BERKENAAN

ISU PENAHANAN MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN

Bil.32/2021

  1. Susulan laporan berita mengenai penahanan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman oleh pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 baru-baru ini, JAKIM menyokong proses perundangan terhadap beliau oleh Jabatan Agama Islam Selangor demi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

  2. JAKIM sedia membantu Muhammad Sajjad dalam bentuk bimbingan dan sokongan emosi sekiranya diperlukan setelah beliau melalui proses undang-undang sewajarnya. Sebagaimana komitmen kerajaan selama ini, JAKIM dengan fungsi yang ada akan sentiasa menyantuni semua pihak termasuk golongan transgender bagi memastikan hak-hak mereka dipenuhi selaras tuntutan agama dan undang-undang.

  3. Dalam pada itu, JAKIM turut berharap agar masyarakat dapat bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan isu ini.

Sekian

DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 September 2021