LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA


BERKENAAN

PROGRAM KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM NORMA BAHARU TAHUN 2021

Bil.35/2021

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa JAKIM dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri Negeri (PBAN) iaitu Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan Yayasan Islam Negeri seluruh Malaysia menganjurkan Program Kokurikulum Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Dalam Norma Baharu Tahun 2021 Program ini adalah merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2014 lagi kecuali tahun 2020 apabila negara kita dilanda pandemik Covid 19

  2. Setiap tahun aktiviti aktiviti Kokurikulum yang diadakan pada meliputi 4 aktiviti iaitu

    1. Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK);

    2. Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM);

    3. Kejohanan Sukan Sekolah Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA); dan

    4. Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA)

  3. Ekoran daripada pandemik Covid 19 dan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19 pelaksanaan Program Kokurikulum pada tahun 2021 ini hanya melibatkan dua 2 aktiviti sahaja iaitu IKK dan MIISMAM Pelaksanaanya adalah secara rakaman video dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan

  4. Peserta yang terlibat dalam program ini ialah murid murid Program KAFA dan murid murid Sekolah Sekolah Menengah Agama seluruh negara di bawah kawal selia PBAN dan di bawah penyelarasan Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)

  5. Objektif pelaksanaan Majlis Ihtifal Kafa Kebangsaan (IKK) Dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) :-

    1. Untuk memberi ruang dan peluang kepada murid murid KAFA dan SMA menyerlahkan bakat dan kemampuan mereka ;

    2. Menyerlahkan bakat dan kepimpinan pelajar pelajar melalui pertandingan yang dianjurkan

    3. Membolehkan pelajar mendapat markah merit program kokurikulum (10% untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Universiti Awam (UA);

    4. Sebagai memenuhi keperluan merit pelajar pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan universiti

    5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara negeri negeri yang bertanding ; dan

    6. Melaksanakan prinsip maqasid syariah dalam menjaga , memelihara dan meningkatkan kecerdasan akal pelajar pelajar melalui aktiviti

      kokurikulum

  6. Acara acara yang akan dipertandingkan adalah acara yang sesuai untuk dilaksanakan secara rakaman dan menepati SOP MKN, iaitu

    1. IKK : Tilawah Al Quran, Hafazan Al Quran, Bercerita Kisah Al Quran

    2. MIISMAM : Tilawah Al Quran, Hafazan , Al Quran, Syarahan , Bahasa Melayu , Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Inggeris , Khat ,

      Bacaan Kitab Thurath

  7. Tempoh pelaksanaan IKK dan MIISMAM ialah bemula dari bulan April lagi hingga Oktober 2021;

    1. April hingga 14 September 2021: Pertandingan peringkat sekolah ,daerah dan negeri;

    2. 11 Ogos 2021 : Tarikh cabutan tajuk (cabutan akan dilakukan oleh pihak JAKIM)

    3. 13 September 2021 : Tarikh cabutan tajuk bagi acara Hafazan al Quran, Kitab Turath dan Khat cabutan akan dilakukan oleh pihak JAKIM)

    4. 15 September 2021 : Tarikh akhir penghantaran pautan rakaman pertandingan peringkat kebangsaan . Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diterima oleh pihak JAKIM;

    5. 13 17 Oktober 2021: Penilaian oleh hakim; dan

    6. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 12 November 2021 oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

  8. Majlis Penghakiman IKK dan MIISMAM diadakan Bilik Seminar Al Baiyinah Aras 5 Blok B, Kompleks Islam Putrajaya dan para penonton boleh mengikutinya secara live ā€¯melalui Facebook JAKIM serta sisipan rancangan melalui Persada Jurnal di TV 1

  9. Harapan JAKIM selaku penganjur ialah semoga program pada kali ini dapat berjalan dengan lancar . Walaupun ianya dilaksanakan dengan kaedah yang baru , dalam norma baharu , namun harapan kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademiknya

    tetapi mantap dari segi bakat kokurikulum dapat dijelmakan

  10. Sehubungan itu , dimohon jasa baik rakan rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini .


Sekian

DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
13 Oktober 2021