jata negara small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

JAKIM TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS E-BRANDING AWARD 2021

Bil.44/2021

Sukacita dimaklumkan, bahawa pada 28 Disember 2021 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021 For Strategic Business Alliance dari badan bebas selain kerajaan yang telah mengiktiraf JAKIM selaku satu jenama/institusi yang dilihat menepati ciri-ciri Standing Strong, Sustaining Brand Success & Brand Leadership.

World Brands Foundation (TWBF) selaku penganjur telah memilih JAKIM sebagai penerima anugerah ini buat kali kedua setelah menerima anugerah yang sama pada tahun 2019. Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan JAKIM membangunkan strategi baharu untuk memenuhi keadaan persekitaran perniagaan yang semasa walaupun dalam masa-masa yang sukar. Pengiktirafan ini antara lain dapat mengukuhkan lagi nama JAKIM dalam pasaran Halal selain mendorong industri yang memiliki pensijilan Halal untuk melonjak jenama mereka di pasaran halal yang kompetitif.

JAKIM turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak World Brands Foundation (TWBF) atas usaha dan inisiatif ini dan tidak ketinggalan penghargaan JAKIM kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri yang menjadi badan kompiten dalam pengurusan sijil halal di Malaysia bersama-sama JAKIM selama ini.

JAKIM sentiasa komited dalam merancakkan lagi perkembangan industri halal di Malaysia. Sudah pasti dengan pengiktirafan seumpama ini akan meningkatkan lagi tahap kesedaran pemain industri untuk memiliki pensijilan Halal. Ia juga diharap dapat menarik kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap industri halal seterusnya memacu pensijilan halal sebagai sebuah ‘nilai kemewahan’ negara yang boleh dibanggakan.

Sekian.

Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
24 Jamadil Awal 1443H / 29 Disember 2021M