LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

KEMUDAHAN CUTI BERSALIN BERELAUN PENUH KEPADA GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA)

Bil.2/2022

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa Peraturan KAFA Tahun 2022 telah ditambah baik dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan cuti bersalin berelaun selama enam puluh (60) hari bagi Guru KAFA wanita yang bersalin dan diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuatkuasa. Pemberian elaun ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022.

Sehubungan itu, JAKIM telah memaklumkan berkenaan perkara ini kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari 2022M bersamaan 7 Rejab 1433H.

Sekian.

HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
11 Februari 2022