LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERHUBUNG

ISU VIRAL SOTONG RING

Bil. 3/2022

JAKIM mengambil maklum berhubung isu viral sotong ring yang didakwa dengan beberapa versi sebagai dubur atau usus babi yang didakwa dijual di pasaran Malaysia.

Untuk makluman umum, perkara ini sedang dalam siasatan JAKIM dan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersama Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

JAKIM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkenaan.

Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
4 Mac 2022