LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

SELAKU SETIAUSAHA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
 
 
 
 

Bil. 5/2022

1. Saya Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha MKI mengambil maklum dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI melalui Kenyataan Media yang dikeluarkan pada Sabtu, 9 April 2022.

2. JAKIM selaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi Peraturan MKI yang telah ditetapkan dan arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI.

3. Saya mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI terhadap tatakelola pentadbiran MKI.

Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
9 April 2022