LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

DAKWAAN PELANGGARAN PROSEDUR PENYEMBELIHAN HALAL OLEH SEBUAH SYARIKAT DI AUSTRALIA

Bil. 9/2022

  1. JAKIM ingin merujuk isu berkenaan dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal oleh sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia yang dilaporkan oleh media pada hari ini.

  2. Dimaklumkan, bahawa siasatan berhubung dakwaan ini sedang dijalankan oleh Pegawai Atase Halal JAKIM di Australia dan juga pihak berkuasa Australia iaitu Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE). Perbincangan antara JAKIM dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia juga telah diadakan pada 28 April 2022 bagi memastikan hasil siasatan tersebut dapat diserahkan kepada Kerajaan Malaysia secepat mungkin.

  3. Ingin ditegaskan, bahawa JAKIM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat apa-apa kesalahan dan ketidakakuran yang melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam perkara ini termasuk melibatkan pegawai JAKIM sekiranya ada.

  4. JAKIM juga bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai isu ini demi kepentingan semua pihak.

Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
10 Mei 2022