LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

TAKWIM 2022 MILADIAH/ 1443-1444 HIJRIAH BAGI MALAYSIA (EDISI KEMASKINI SYAWAL 1443H)

Bil.10/2022

Berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada hari Isnin 2 Mei 2022 berbanding Takwim 2022 yang dikeluarkan sebelum ini bertarikh 3 Mei 2022, JAKIM telah mengeluarkan Takwim 2022 Miladiah / 1443-1444 Hijriah Bagi Malaysia (Edisi Kemaskini Syawal 1443H).

Perubahan ini hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H sahaja manakala bulan-bulan yang lain tidak terlibat dengan perubahan ini. Takwim ini boleh dirujuk di dalam laman web JAKIM https://www.e-solat.gov.my/

Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.

Sekian

HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN
Ketua
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
14 Mei 2022