LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PELANTIKAN PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI YANG BAHARU

Bil.15 /2022

  1. JAKIM amat berbesar hati dan mengalu-alukan pelantikan YBhg. Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang baharu. Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun 2022 telah berkenan dengan pelantikan ini berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024. Watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Pengerusi MKI pada Isnin, 15 Ogos 2022.

  2. Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau sebagai mufti Johor sebelum ini serta penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan, khususnya hal berkaitan isu-isu semasa di negara ini, JAKIM menaruh keyakinan beliau akan dapat membantu mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini.

  3. JAKIM juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Sahibus Samahah Dato’ Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Perak, atas sumbangan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI sejak Oktober 2017.


Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BT MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah JAKIM Merangkap Setiausaha MKI
16 Ogos 202