Ruj. Kami : Jakim (2.00)/8/3 Jld. 4 (    )
Tarikh       : 22 Oktober 2010
 
 
 jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
MENJAWAB KEPADA PERSOALAN DALAM UTUSAN MALAYSIA
BERTARIKH 19 OKTOBER 2010
“IMAM MOHON PERHATIAN, SUMBANGAN”

1.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merujuk kepada aduan daripada Pak Ngah Seremban dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Oktober 2010 yang lalu.

2.  Pertama sekali JAKIM mengucapkan terima kasih atas persoalan yang tuan bangkitkan. Untuk makluman tuan, hasil satu penyelarasan antara JAKIM dan pihak negeri sebelum ini, JAKIM telah bersetuju untuk membantu pihak masjid dan surau di peringkat negeri melalui peruntukan takmir masjid.

3.  Memandangkan tugas imam rakyat berat, maka kerajaan memberi imbuhan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana kesukarelawanan imam rakyat yang dilantik oleh kerajaan negeri dan bertugas di mukim/kariah sahaja.

4.  Bagi aktiviti surau pula, skop dan tanggungjawabnya berbeza dan dengan itu kita menyerahkan pada budi bicara pihak Berkuasa Agama Negeri.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

ASIAH BINTI ALKHARIB SHAH

Pegawai Perhubungan Awam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia