LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERHUBUNG

TANDA “NON-HALAL LIFT” PADA HOTEL BAGI TUJUAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA


Bil.23/2022

1. JAKIM ingin merujuk laporan media berhubung sebuah hotel di Kuala Lumpur yang meletakkan tanda “non-halal lift” pada salah satu lif penerimaan bahan mentah hotel berkenaan. Dalam laporan berkenaan turut menyatakan arahan berhubung penandaan “non-halal lift” merupakan peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM.

2. Dimaklumkan, bahawa berpandukan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 serta Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020, tiada sebarang klausa yang menetapkan bahawa pihak hotel atau premis perlu meletakkan penandaan "NON-HALAL-LIFT". Namun begitu, pihak hotel atau premis boleh menetapkan sebarang mekanisme kawalan halal yang bersesuaian dengan fasiliti hotel selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan bagi menjaga integriti Pensijilan Halal Malaysia.

Sekian.

Pengarah
Bahagian Pengurusan Pensijlan Halal, JAKIM
6 Oktober 2022