LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Bil.27/2022

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk meminda tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) seperti yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November 2022.
  2. Tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) adalah seperti berikut:

BIL

TARIKH ASAL

TARIKH BAHARU

SUBJEK

1

14 NOVEMBER 2022 (ISNIN)

28 NOVEMBER 2022 (ISNIN)

ULUM SYARIAH (AKIDAH DAN IBADAH)

2

15 NOVEMBER 2022 (SELASA)

29 NOVEMBER 2022 (SELASA)

SIRAH

JAWI DAN KHAT

3

16 NOVEMBER 2022 (RABU)

30 NOVEMBER 2022 (RABU)

ADAB

4

17 NOVEMBER 2022 (KHAMIS)

1 DISEMBER 2022 (KHAMIS)

LUGHAH AL-QURAN



  1. Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihanraya Umum ke 15 yang berlangsung pada 19 November 2022.

  2. JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.


Sekian, terima kasih.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
27 Oktober 2022