
KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022 
KALI KEDUA BAGI SUBJEK UPKK 02/01 ULUM SYARI’AH (AQIDAH DAN IBADAH)
Bil.29/2022
- 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk membuat pindaan tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 kali kedua bagi subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) berdasarkan pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berkenaan cuti peristiwa pada 28 November 2022 (Isnin). 
- 
Tarikh pindaan baharu adalah seperti berikut: 
| Tarikh Asal | Tarikh Baharu | Subjek | Waktu | 
| 28 November 2022 (Isnin) | 5 Disember 2022 (Isnin) | Ulum Syariah | 2.15 - 3.45 petang  | 
- JAKIM amat prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK Tahun 2022.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
25 November 2022






 
										 
										 
						