jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
 
MAKLUMBALAS TERHADAP PANDANGAN MUFTI TENTANG CADANGAN MEMFATWAKAN GARIS PANDUAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN MELALUI MEDIA BARU.
 
Hukum Islam sedia ada telah menetapkan bahawa Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi tanpa had dan batasan yang telah ditetapkan. Pergaulan tanpa batasan melalui media sosial sehingga menimbulkan keruntuhan rumah tangga, kelalaian, keghairahan dan maksiat contohnya adalah dilarang. Media baru ini mempunyai manfaat dan ada juga mudharatnya jika disalahgunakan. Semua bergantung kepada individu yang menggunakannya. Apa yang perlu ialah kekuatan pendidikan Islam dalam peribadi setiap individu muslim.
 
Berhubung cadangan dari pihak mufti berhubung isu tersebut kita bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan garis panduan pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi ini. Cadangan ini mungkin boleh dikemukakan untuk pertimbangan lanjut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  (MJKF) dengan mengambilkira kajian terperinci terhadap kemudharatan media baru dalam kalangan umat Islam di Malaysia.
 
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
9 Januari 2014