Jakim logo white small
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN
 
SARANAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT HAJAT
BAGI MENGHADAPI FENOMENA EL NINO DAN GELOMBANG HABA
__________________________________________________________
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil maklum kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MosTI) pada 17 Mac 2016 bahawa cuaca panas yang melanda negara ketika ini adalah berpunca daripada fenomena El Nino kuat.
 
Justeru itu, saya menyeru umat Islam di negara ini dan masjid-masjid di seluruh negara agar dapat mengadakan Solat Hajat pada 25 Mac 2016 selepas menunaikan Solat Jumaat bagi tujuan memohon supaya terhindar daripada kesan kepanasan melampau seperti strok haba dan keadaan cuaca di negara kita kembali pulih seperti sediakala.
 
Saya meminta Masjid-Masjid Utama di bawah kelolaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh Masjid dan Surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menunaikan Solat Hajat tersebut.
 
Saya juga ingin menasihatkan agar kita sentiasa peka dan mengikuti saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan penyahidratan seperti memperbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.
 
Kita juga perlu mengurangkan minuman yang manis atau berkafein kerana ianya boleh meningkatkan pengeluaran air dari badan dan meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Semoga dengan pelaksanaan Solat Hajat tersebut di seluruh negara akan diberkati Ilahi serta dapat memulihkan cuaca di negara kita.
Sekian, terima kasih
 
 
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
24 Mac 2016