jata negara small
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

ISU VIDEO TULAR YANG DIDAKWA SALAH GUNA KOD QR DERMA MASJID / SURAU

Bil. 7 /2023

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian terhadap isu video tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid atau surau.

  2. Sekiranya perbuatan ini benar seperti yang didakwa, JAKIM berpandangan bahawa perbuatan seumpama ini amatlah tidak wajar kerana mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati umat Islam khususnya di masjid atau surau sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

  3. JAKIM menyeru semua pihak terutama Ahli Jawatankuasa masjid/surau agar dapat sentiasa memantau kod QR di masjid/surau masing-masing agar sumbangan/infaq tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai juga disaran untuk membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid/surau, orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak masjid/surau untuk tindakan lanjut.

 
Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
11 April 2023