
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
ISU ANAK TIDAK SAH TARAF
____________________________________________
Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung dengan isu Anak Tidak Sah Taraf, Jabatan ini mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu penasaban Anak Tidak Sah Taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehinggalah keputusan Mahkamah Persekutuan diperolehi.
Justeru, Jakim menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang dan semoga usaha pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan akan berjalan lancar.
Sekian
TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim
29 Julai 2017