jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) BAGI TAHUN 2017
_____________________________________________________________________________________
 

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia dan semua pihak yang terlibat berhubung perubahan jadual peperiksaan UPKK bagi tahun 2017 yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Oktober 2017.
 
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jakim telah menerima laporan bahawa telah berlaku kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 28 September 2017 yang mengakibatkan kehilangan tiga (3) kertas soalan bagi tiga (3) subjek peperiksaan UPKK 2017. Jabatan Agama Islam Melaka telah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
 
3. Sehubungan itu, Jakim ingin memaklumkan perkara yang berlaku tidak akan menjejaskan pelaksanaan peperiksaan UPKK 2017 kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut. Bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017 penyusunan jadual baru adalah seperti berikut:
 
TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA

 

 

ISNIN

02 OKTOBER 2017

 

2.15 – 3.45 PETANG

 

 

UPKK 03/01

 

SIRAH

 

1 ½ JAM

 

4.00 – 5.30 PETANG

 

 

UPKK 04/01

 

ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) 1

 

1 ½ JAM

SELASA

03 OKTOBER 2017

 

2.30 – 4.30 PETANG

 

UPKK 06/01

 

LUGHAH AL-QUR’AN

 

2 JAM

 

 

 

RABU

04 OKTOBER 2017

 

2.30 – 4.00 PETANG

 

 

UPKK 02/01

 

ULUM SYARI’AH

(AQIDAH DAN IBADAH)

 

1 ½ JAM

 

4.15 – 5.15 PETANG

 

UPKK 04/02

 

ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) II

 

1 JAM

KHAMIS

05 OKTOBER 2017

 

2.30 – 4.00 PETANG

 

UPKK 05/01

 

PELAJARAN JAWI DAN KHAT

 

1 ½ JAM

 

 
 
4. Jabatan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan perkara ini.
 
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 September 2017
 
 _________________________________________________________________________________________________________________________
 

PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) BAGI TAHUN 2017

Jadual peperiksaan UPKK bagi tahun 2017 yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Oktober 2017 adalah seperti berikut:
 
TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS

ISNIN

02 OKTOBER 2017

 

2.15 – 3.45 PETANG

 

UPKK 03/01

 

SIRAH

 

4.00 – 5.30 PETANG

 

UPKK 04/01

 

ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) 1

 

SELASA

03 OKTOBER 2017

 

2.30 – 4.30 PETANG

 

UPKK 06/01

 

LUGHAH AL-QUR’AN

RABU

04 OKTOBER 2017

 

2.30 – 4.00 PETANG

 

 

UPKK 02/01

 

ULUM SYARI’AH

(AQIDAH DAN IBADAH)

 

4.15 – 5.15 PETANG

 

UPKK 04/02

 

ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) II

KHAMIS

05 OKTOBER 2017

 

2.30 – 4.00 PETANG

 

UPKK 05/01

 

PELAJARAN JAWI DAN KHAT